‘USAHA SAYA HARI INI DEMI KESELESAAN GENERASI MELAKA AKAN DATANG’ – AB RAUF

Masa Membaca:57 Saat

TANJUNG BIDARA 30 Oktober  – Pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh bermula hari pertama beliau mentadbir Melaka dengan matlamat untuk memastikan kesenangan dan keselesaan anak-anak jati negeri ini pada masa hadapan.

Dr. Ab Rauf yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka berkata, kemahuan itulah yang menjadi pembakar semangat dan mendorong beliau untuk terus bekerja demi rakyat Negeri Melaka.

“Saya sudah berusia 65 tahun, kalau tanya saya, apa guna saya bekerja pagi, petang, siang malam, subuh dan senja.

“Semuanya kerana saya mahu memastikan anak-anak kita yang kita kendong hari ini yang kita dukung hari ini nanti, 10 ke 20 tahun akan datang menikmati kejayaan yang kita warisan kepada mereka,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Makan Malam Santai Bersama Ketua Menteri Melaka PDM Pengkalan Balak & Sungai Baru Tengah, di sini, semalam.

Katanya, rakyat Melaka juga perlu bijak memilih pemimpin agar kelangsungan nikmat serta kejayaan dicapai sekarang akan berpanjangan.

“Jangan salah perancangan, jangan salah buat perhitungan, kerana takut-takut nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

309
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: PN PERKENAL LIMA CALON, SATU LAGI DIUMUM KEMUDIAN
Next post PRN MELAKA: PN SETUJU SERAH KERUSI BANDAR HILIR KEPADA MCA