
TOK MAT IRINGI ABDUL HAKIM KE PUSAT PENAMAAN CALON
LENDU 31 Oktober – Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid diiringi Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan ke Pusat Penamaan Calon N04 Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, di sini, hari ini.
Terdahulu Abdul Hakim diiringi Mohamad Hasan atau ‘Tok Mat’ bersama lebih 300 penyokong BN berkumpul sebelum berarak sejauh 500 meter ke pusat penamaan calon.
Beliau yang diiringi pencadang dan penyokong tiba di pusat penamaan calon pada jam 9.14 pagi bagi menyerahkan borang pencalonan dan urusan selanjutnya.
Abdul Hakim mewakili BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 menggantikan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: PENGALAMAN JADI UKURAN, BUKAN SEKADAR USIA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 31 Oktober – Pengalaman dan kecekapan menguruskan masyarakat menjadi antara elemen penting dalam menentukan kemampuan seseorang pemimpin untuk...
MPHTJ GEMPUR WARGA ASING, SITA PERALATAN PERNIAGAAN
KESIDANG 31 Oktober - Tujuh warga asing ditahan manakala peralatan perniagaan disita dalam Operasi Pasar Borong dan Premis Judi di...
PRN MELAKA: AB RAUF BERDEPAN CABARAN MUKA BAHARU DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 31 Oktober – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara menyaksikan pertandingan dua penjuru pada Pilihan Raya Negeri...
PRN MELAKA: RAIS CALON NOMBOR 3 SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 31 Oktober - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rais Yasin menjadi calon nombor tiga bagi kerusi Dewan Undangan...
PRN MELAKA: PERTEMBUNGAN SATU LAWAN SATU DI DUN AYER MOLEK
AYER MOLEK 31 Oktober - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek menyaksikan persaingan satu lawan satu pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA: PERTEMBUNGAN DUA PENJURU DI N04 LENDU
LENDU 31 Oktober - Dua pencalonan diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi persaingan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N04...
