PRN MELAKA: PERTEMBUNGAN EMPAT PENJURU DI ENAM DUN

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 31 Oktober – Sebanyak enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menyaksikan persaingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka Ke-16 yang bakal berlangsung 14 November ini.

Enam kerusi terbabit ialah DUN Klebang, Bukit Katil, Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Bemban dan Gadek.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, sebanyak 79 calon daripada pelbagai parti disahkan bertanding bagi merebut 28 kerusi DUN pada pilihan raya negeri kali ini.

Statistik SPR menunjukkan 11 kerusi menyaksikan persaingan dua penjuru, manakala 11 lagi membabitkan saingan tiga penjuru selain enam kerusi yang menyaksikan pertembungan empat penjuru.

Secara keseluruhan, Pakatan Harapan (PH) meletakkan 24 calon, diikuti Barisan Nasional (BN) sebanyak 23 calon, Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) dengan 16 calon, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tujuh calon dan Perikatan Nasional (PN) lima calon.

Turut bertanding ialah seorang calon Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) dan tiga calon Bebas.

Daripada keseluruhan calon, 65 adalah lelaki manakala 14 lagi wanita.

Tempoh rasmi berkempen berlangsung sehingga jam 11.59 malam, 13 November ini sebelum pengundi keluar menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian, 14 November.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

346
Kongsi :
Previous post LEBIH 30,000 KANAK-KANAK DI MELAKA TERIMA MANFAAT PENDIDIKAN AWAL KEMAS
Next post PRN MELAKA: ABDUL HAKIM UTAMAKAN KEBAJIKAN RAKYAT LENDU