DALAM DIAM TOK RAUF, YB ROSLI BANTU RINGANKAN BEBAN NELAYAN

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

KUALA LINGGI 2 November – Dalam diam penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah turut memainkan peranan bagi memastikan komuniti nelayan itu terbela khusus dalam menerima agihan bantuan disalurkan kerajaan.

Malah tanpa sedar Kerajaan Negeri diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh juga banyak membantu meringankan beban komuniti nelayan terutama dalam meringankan kos mendapatkan peralatan menangkap ikan seperti jaring.

Perkara itu diakui Zainal Sulaiman, 63, kerana Ab Rauf dan Rosli adalah tempat bagi beliau untuk mengadukan permasalahan melibatkan komuniti nelayan di DUN Kuala Linggi.

“Alhamdulillah banyak kerajaan beri, memang ada yang kurang tetapi amat membantu kami untuk terus keluar mencari rezeki di laut. Setakat ini saya amat berpuas hati dengan komitmen kerajaan yang ada.

“Cabaran kami adalah kos. Contoh saya sendiri, untuk ganti alat mematikan enjin yang rosak perlu belanja sekitar RM120.

“Diharapkan Kerajaan Negeri terus aktif bantu komuniti nelayan di DUN ini yang dianggarkan sekitar 270 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sembang Santai Nelayan Bersama Calon N01 Kuala Linggi Datuk Haji Rosli Abdullah di sebuah restoran makanan laut, di sini, semalam.

Katanya, antara inisiatif paling bermanfaat dilaksanakan kerajaan sebelum ini adalah membekalkan setiap nelayan dengan peranti ‘Global Positioning System’ (GPS) dan alat pengesanan ikan (fish finder).

“Ramai yang tidak sabar untuk mendapat peranti ini, insya-Allah agihan dilakukan secara berperingkat bermula November.

“Datuk Rosli juga anak nelayan, saya yakin beliau akan terus memainkan peranan membantu kami. Pelbagai rintangan kami lalui terutama faktor alam, malah sepanjang musim jerebu kami tidak dapat keluar ke luat seperti biasa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

651
Kongsi :
Previous post MELAKA SUDAH SEDIA 195 STESEN PENGECAS EV
Next post PRN MELAKA: RAIS ZIARAH SENIMAN DONDANG SAYANG UZUR