PRN MELAKA: CARA BERBEZA, SOKONGAN SAMA BUAT HELMY

Masa Membaca:56 Saat

DUYONG 5 November – Sokongan terhadap penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem dizahirkan dalam pelbagai cara termasuk inisiatif sukarelawan menghasilkan poster kempen dalam bahasa Cina dan Tamil

Usaha itu bukan sahaja memperlihatkan kreativiti sukarelawan dalam menyampaikan sokongan mereka tetapi menjadi antara pendekatan dalam memastikan mesej kempen calon Barisan Nasional (BN) nombor dua itu dapat difahami masyaraka berbilang kaum.

Poster yang dihasilkan sukarelawan itu adalah sebagai tanda sokongan terhadap Mohd Noor Helmy yang bertanding bagi mempertahankan kerusi DUN Duyong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

WhatsApp Image 2026 11 04 at 10.53.11 AM (2)
POSTER dalam bahasa Cina.

Di sebalik usaha tersebut, sokongan turut hadir daripada kelompok masyarakat yang pernah menerima perhatian sepanjang mantan Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri itu menjadi wakil rakyat.

Antaranya yang tampil menyatakan sokongan mereka adalah komuniti BikeIsable yang terdiri daripada anak-anak istimewa.

Bagi sukarelawan dan komuniti yang menyatakan sokongan, inisiatif masing-masing menjadi cara mereka menzahirkan penghargaan terhadap pendekatan serta hubungan yang terjalin sepanjang tempoh perkhidmatan Mohd Noor Helmy.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

379
Kongsi :
Previous post SST DISERAH, BLOK WANITA DAN KANAK-KANAK HOSPITAL MELAKA SASAR SIAP 2031
Next post PRN MELAKA: KACAU WAJIK ERAT MUAFAKAT, JENTERA BN-PAS SANTUNI PENDUDUK LENDU