MAIM PERKASA TADBIR URUS, KEBAJIKAN KAKITANGAN JADI KEUTAMAAN

Masa Membaca:52 Saat

AYER KEROH 6 November – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memperkukuh kerjasama antara pengurusan jabatan dengan warga kerja menerusi platform Majlis Bersama Jabatan (MBJ), sekali gus memastikan kebajikan dan kepentingan kakitangan terus diberi perhatian.

MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan, komitmen itu dizahirkan menerusi penganjuran Majlis Penghargaan Jawatankuasa MBJ Sesi 2024–2026 dan Majlis Pengenalan Ahli MBJ Sesi 2026–2028 yang berlangsung di Hotel MITC, di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu, penganjuran majlis berkenaan bertujuan menghargai sumbangan serta komitmen ahli jawatankuasa terdahulu yang telah memainkan peranan dalam memperkukuh hubungan dan kerjasama dalam organisasi.

“Pada masa sama, majlis ini turut menjadi platform memperkenalkan barisan ahli MBJ bagi sesi 2026–2028 sebagai kesinambungan usaha memperkukuh kerjasama antara pihak pengurusan dan warga kerja MAIM,” menurut kenyataan itu.

Majlis berkenaan telah disempurnakan Setiausaha MAIM, Shaifulfazlee Mohamad; Pengurus Baitulmal MAIM Mohd Hairulamin Mohd Sis serta pengurusan tertinggi MAIM.

MAIM memaklumkan, inisiatif itu turut mencerminkan komitmen pihaknya dalam memperkukuh kerjasama dan tadbir urus demi kesejahteraan warga kerja serta kecemerlangan dalam perkhidmatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

253
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: BN-PN SATU HALA TUJU BANGUNKAN MELAKA DALAM 5 TAHUN
Next post PRN MELAKA: MANIFESTO BN-PN TUMPU RANCAKKAN EKONOMI, LUASKAN PENDAPATAN RAKYAT – MCA