KONVOI MOTOSIKAL, FLASH MOB SEMARAK SOKONGAN BUAT ROSLI – AB RAUF

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

KUALA LINGGI 11 November – Anak muda bermotosikal dipelawa untuk bersama-sama  berkonvoi mengelilingi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Kuala Linggi sebagai usaha memperlihatkan kekuatan jentera Barisan Nasional (BN) Jumaat ini.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh berkata, konvoi akan disusuli aktiviti ‘flash mob’ juga dengan penglibatan anak muda di beberapa lokasi tumpuan sekitar Kuala Linggi sebagai tanda sokongan kepada calon BN N.01, Datuk Rosli Abdullah.

Katanya, konvoi bermotosikal itu akan membawa bendera parti mengelilingi DUN Kuala Linggi bagi menyemarakkan suasana kempen menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

Menurutnya Katanya, aktiviti flash mob pula akan melibatkan beberapa lokasi tumpuan termasuk Pekan Kuala Linggi, persimpangan Pasar Kuala sehingga ke Simpang Sungai Tuang.

“Semua simpang dan kawasan tumpuan, kita akan berarak bersama-sama anak muda dalam flash mob pilihan raya yang menunjukkan kita memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon kita, Datuk Rosli.

“Kita berkumpul, kereta lalu kita hon, kita angkat plakad kita, sokong pen merah pen biru, pilih biru, I love you,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Lawatan ke DUN Kuala Linggi di Bilik Gerakan DUN Kuala Linggi, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ab Rauf mengingatkan pengundi supaya tidak tersilap membuat pilihan pada 14 November ini kerana setiap undi yang diberikan bakal menentukan hala tuju dan masa depan generasi akan datang.

“Jadi kita jangan tersilap pada Sabtu ini, kerana kita membina setiap satu undi, satu tiang jambatan untuk menuju jambatan masa depan anak cucu kita,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

170
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: HAMPIR 95 PERATUS KELUAR MENGUNDI AWAL, ISYARAT POSITIF SAMBUTAN PENGUNDI 
Next post 225,000 KANAK-KANAK IKUTI PRA TAHFIZ KEMAS, LEBIH 9,000 KELAS DI SELURUH NEGARA