PRN MELAKA: AB RAUF HARAP PENGUNDI KELUAR AWAL, DIJANGKA HUJAN SEBELAH PETANG

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

TANJUNG BIDARA 14 November – Pengundi di Melaka diseru keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing seawal mungkin bagi mengelakkan kesulitan sekiranya hujan pada sebelah petang seperti dijangkakan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh bagaimanapun berkata, persediaan kemudahan bagi membantu pengundi ketika hujan turut disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar.

“Saya harapkan kalau boleh semua rakyat keluarlah seawal yang boleh kerana jangkaan ramalan cuaca sebelah petang akan dijangka hujan.

“Tapi apa pun sekalipun, kita telah menyediakan kemudahan untuk membantu mereka tatkala waktu hujan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas selesai mengundi bersama isteri Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz di SK Jeram, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ab Rauf turut merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Melaka yang menunaikan kewajipan bagi memberi mandat kepada wakil rakyat baharu
Ab Rauf turut menyeru seluruh rakyat Melaka, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Untuk rekod, pada PRN Melaka 2021 yang lalu, Ab Rauf mewakili BN memenangi kerusi DUN Tanjung Bidara selepas memperoleh 3,559 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

Beliau menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang memperoleh 3,195 undi, manakala calon Pakatan Harapan (PH), Zainal Hassan mendapat 489 undi.

PRN Melaka ke-16 menyaksikan seramai 79 calon bertanding bagi merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan keseluruhan 687,697 pemilih berdaftar layak mengundi.

Daripada jumlah itu, seramai 675,166 merupakan pengundi biasa, manakala 12,531 lagi terdiri daripada anggota tentera, pasangan dan anggota polis yang telah diberikan peluang menunaikan tanggungjawab melalui pengundian awal serta undi pos.

Sebanyak 240 pusat mengundi biasa dengan 1,213 saluran disediakan di seluruh negeri bagi membolehkan pengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing bermula 8 pagi hingga 6 petang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

287
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: FAIRUL NIZAM SELESAI BUANG UNDI DI SK SERI MACHAP
Next post PRN MELAKA: RAIS SELESAI BUANG UNDI DI SK PAYA RUMPUT