MULA-MULA NERVOUS, LEPAS TU LEGA! – PENGUNDI MUDA TERUJA TUNAI UNDI PERTAMA

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

MACHAP 14 November – Perasaan gementar dialami oleh seorang pengundi muda akhirnya bertukar lega selepas selesai menunaikan tanggungjawabnya di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Seri Machap, pagi ini.

Pengundi muda, Nur Shazliana Mohd Salim, 21, mengakui pada mulanya berasa agak gementar kerana tidak mengetahui proses dan tatacara untuk mengundi.

“Sebab saya ‘first time’ (kali pertama) mengundi, jadi agak gementar tak tahu macam mana proses ini berlangsung. Tapi alhamdulillah petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) banyak membantu, sangat ramah dan saya faham apa yang dimaklumkan,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut mengenai kelancaran proses pembuangan undi, beliau menyifatkan sistem yang disediakan pada hari ini sangat teratur dan memudahkan urusan para pengundi.

“Alhamdulillah lancar dan senang. Beratur, semak nombor saluran, bilangan dan beratur di saluran yang betul, kemudian boleh terus undi,” tambahnya.

Gadis ini juga menzahirkan rasa syukur dan bangga apabila selesai melunaskan kewajipan sebagai rakyat Malaysia, terutamanya bagi golongan belia.

“Alhamdulillah saya rasa lega sebab ini tanggungjawab untuk orang-orang yang perlu mengundi, terutamanya yang berumur 18 tahun ke atas. Jadi saya rasa lega dapat tunaikan tanggungjawab ini,” katanya.

Sebagai seorang anak muda, Nur Shazliana turut menitipkan pesanan dan harapan agar orang ramai tidak melepaskan peluang untuk keluar mengundi pada hari ini.

“Harapan saya, saya berharap agar semua orang yang perlu mengundi turunlah mengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing. Pilihlah calon yang anda rasa sangat bagus untuk diri sendiri dan juga masyarakat,” akhirinya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

365
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: DR. AKMAL KOMITED TERUSKAN KHIDMAT TERBAIK UNTUK WARGA MERLIMAU
Next post PAGAR BELUM DIBUKA, KADHI MATHI TIBA AWAL SEMANGAT MAHU TUNAI TANGGUNGJAWAB