‘TOK AJAK’ TERUJA DUA ANAK ANTARA PENGUNDI MUDA, KALI PERTAMA

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

TELOK MAS 14 November – Dua anak penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman menjadi antara pengundi kali pertama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, hari ini.

Abdul Razak berkata, beliau bersama isteri dan lima anaknya termasuk dua yang pertama kali mengundi, menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas, menjadikan keseluruhan tujuh anggota keluarganya keluar mengundi di pusat berkenaan.

Beliau berkata, keterujaan anak-anaknya untuk mengundi turut memperlihatkan kesedaran generasi muda terhadap kepentingan mengambil bahagian dalam proses demokrasi negara.

“Alhamdulillah, saya dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di DUN Telok Mas bersama isteri dan anak-anak. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada dua anak saya yang menjadi pengundi kali pertama.

“Saya lihat proses pengundian di SMK Telok Mas ini berjalan lancar dan ramai pengundi meluangkan masa keluar menunaikan tanggungjawab lebih awal,” katanya ketika ditemui selepas selesai mengundi di SMK Telok Mas, hari ini.

Abdul Razak berkata, inisiatif petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membantu pengundi warga emas dan mereka yang uzur bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar.

“Saya turut berterima kasih kepada petugas SPR yang sentiasa bersedia dan menghulurkan bantuan membantu pengundi yang kurang berkemampuan termasuk warga emas, sekali gus memudahkan mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

” Kepada pengundi yang belum keluar, saya menyeru supaya dapat keluar menunaikan tanggungjawab lima tahun sekali ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

368
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: FAIRUL NIZAM HARGAI KOMITMEN PETUGAS PILIHAN RAYA, INGATKAN MEDIA JAGA KESELAMATAN
Next post PRN MELAKA: ELAK KONVOI MOTOSIKAL RAI KEMENANGAN