PRN MELAKA: BN-PN RASMI BENTUK KERAJAAN NEGERI, MENANG 15 KERUSI – SPR

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 14 November – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Barisan Nasional (BN) memperoleh 15 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata, keputusan sehingga jam 9.40 malam tadi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) memperoleh dua kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi satu kerusi.

Katanya, kemenangan 15 kerusi itu membolehkan BN memperoleh majoriti mudah sekali gus memenuhi syarat untuk membentuk Kerajaan Negeri bagi penggal baharu.

“Barisan Nasional (BN) telah memenangi sejumlah 15 kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan dan dengan ini berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang ditandingi.

“Oleh itu, Barisan Nasional boleh membentuk kerajaan dengan keputusan majoriti mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan rasmi PRN Melaka Ke-16 malam tadi di Menara Persekutuan, di sini, malam ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Ramlan berkata, keputusan itu menyaksikan BN berjaya melepasi angka minimum 15 kerusi yang diperlukan untuk membentuk Kerajaan Negeri dengan majoriti mudah di DUN Melaka yang mempunyai 28 kerusi.

Dalam pada itu, Ramlan turut memaklumkan, keputusan sepenuhnya akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

241
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: BN-PN SETUJU AB RAUF KEKAL KETUA MENTERI
Next post 14 HARI BERKEMPEN, ADLY AKUI TIDAK SEMPAT KEJAR SOKONGAN