DR. MUHAMAD AKMAL DILANTIK EXCO SAINS, TEKNOLOGI, INOVASI DAN KOMUNIKASI DIGITAL

Masa Membaca:40 Saat

SERI NEGERI 19 November -Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang baharu bagi menerajui portfolio Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital.

Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, pada majlis yang berlangsung di Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, Seri Negeri, di sini, hari ini.

Pelantikan itu menyaksikan Dr. Muhammad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau menggantikan Datuk Dr. Fairul Nizam Roslan bagi portfolio berkenaan.

Sebelum ini, Dr. Akmal merupakan Exco Kemajuan Desa, Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka.

Bagi portfolio baharu, Dr. Akmal akan dibantu Adun Rembia Ahmad Norazril Abdul Aziz selalu Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

276
Kongsi :
Previous post S NADARAJAH DILANTIK EXCO BELIA, SUKAN DAN NGO MELAKA
Next post BUKTIKAN KHIDMAT BAKTI, AZRIL FOKUS KERJASAMA KETUA KAMPUNG, PEMIMPIN KOMUNITI