JELAJAH TERIMA KASIH RAKYAT DEKATI MASYARAKAT, DENGAR ASPIRASI – AB RAUF

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

SERI NEGERI 19 November – Kerajaan Negeri akan melaksanakan Program Jelajah Terima Kasih Rakyat sebagai usaha berterusan mendekati masyarakat, mendengar aspirasi serta memastikan hubungan antara pemimpin dengan rakyat kekal erat.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh berkata, program itu akan menjadi antara pendekatan Kerajaan Negeri untuk mendengar sendiri suara rakyat dan memahami keperluan mereka secara lebih dekat.

“Pada masa sama, program Hari EXCO Bertemu Rakyat (HEBAT) dan Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) akan terus diperkasa sebagai medan mendengar, bertindak dan menyelesaikan masalah rakyat secara langsung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan taat setia Istiadat Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, Kompleks Seri Negeri, di sini, hari ini.

Ab Rauf berkata, peranan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) juga perlu diperkasakan sebagai penghubung antara rakyat dengan jentera kerajaan bagi memastikan setiap aduan dan permasalahan dapat disalurkan untuk tindakan sewajarnya.

Beliau mahu setiap pemimpin mengutamakan tindakan dan penyelesaian, bukan sekadar mengadakan pertemuan dengan masyarakat tanpa susulan terhadap isu yang dibangkitkan.

“Saya tidak mahu kita sekadar turun untuk bertemu rakyat, tetapi turun untuk membantu rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

255
Kongsi :
Previous post AB RAUF GARIS 3 LANDASAN UTAMA PACU PENTADBIRAN MELAKA