ISU AIR TERMENUNG, TOK JEZ USAHA CARI PENYELESAIAN

Masa Membaca:43 Saat

SUNGAI RAMBAI 21 November – Masalah air termenung di Seri Mendapat mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Jezlee Pit yang turun padang bagi meninjau sendiri keadaan di lokasi susulan aduan penduduk.

Jezlee berkata, lawatan pada Rabu lalu itu membolehkannya melihat sendiri keadaan sebenar di kawasan terbabit selain mengenal pasti punca masalah bagi mencari langkah penyelesaian bersesuaian.

“Saya juga akan mengadakan perbincangan dengan Pegawai Daerah Jasin bagi mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap isu yang dibangkitkan penduduk.

“Insya-Allah, setiap aduan akan diberi perhatian dan tindakan sewajarnya. Kita usaha cari jalan penyelesaian, bukan sekadar dengar aduan,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya.

Beliau berkata, komitmen untuk turun padang dan meneliti aduan penduduk penting bagi memastikan setiap isu setempat di kawasan Sungai Rambai mendapat perhatian sewajarnya.

“Cepat atau lambat saya pasti akan sampai,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

326
Kongsi :
Previous post PORTFOLIO BAHARU, AMANAH BESAR BUAT ABDUL RAZAK