
TBC dalam norma baru, kaum Cina dapat biasakan diri- Sulaiman
LENDU 6 Feb. – Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali melahirkan keyakinan masyarakat Tionghua di negeri ini dapat membiasakan diri meraikan sambutan Tahun Baru Cina (TBC) tidak lama lagi dalam norma baharu berikutan penularan wabak COVID-19.

Menerusi hantaran ringkas di akaun Facebook rasminya, beliau berkata, biarpun sambutan berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, beliau berharap ‘tahun lembu’ membawa semangat baru dan keceriaan bagi yang menyambutnya.
“Semoga tahun lembu akan membawa semangat baharu serta menambah keceriaan dalam sambutan perayaan pada tahun ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina kepada penghuni Rumah Kebajikan Kg Baru, Lendu.Sulaiman turut berkongsi gambar beliau bertemu dan menyampaikan sumbangan kit makanan dan buah limau Mandarin kepada penduduk di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu iaitu di Bangunan MCA Masjid Tanah, Kampung Baru Lendu dan Rumah Kebajikan Kampung Baru Lendu.
Views:
Related


Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...
