
COVID-19 : Dua kematian direkodkan hari ini
AYER KEROH 6 Feb. – Dua kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan di negeri ini, hari ini, membabitkan warga emas yang mempunyai rekod masalah kesihatan.
Sekali gus ia meningkatkan jumlah keseluruhan kematian di negeri ini kepada 15 kes.
Menurut Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), kes pertama melibatkan lelaki berusia 80 tahun dari Mukim Ujong Pasir dan seorang lagi berusia 63 tahun di Mukim Kemuning.
“Kes pertama ini mempunyai sejarah penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, ekzema kronik, lemah jantung dan kekurangan vitamin b.
“Manakala kes kedua (lelaki berusia 63 tahun) mempunyai masalah kesukaran bernafas dan penyakit jantung,” katanya.
Bagi perincian kes sebanyak 329 kes positif direkodkan yang mana 303 kes tempatan, tiga kes import b dan 23 kes banduan atau orang kena tahan (OKT) atau pendatang asing tanpa izin (PATI).
Setakat hari ini sebanyak 1,292 kes sedang dirawat termasuk 11 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lapan kes menggunakan bantuan alat pernafasan.
Kluster Rambai diisytiharkan tamat hari ini menjadikan sebanyak 17 kluster yang masih aktif di Melaka.
Views:
Related


Berita Lain
PELAYARAN INDAH DENGAN MELAKA SEA CRUISE
DUYONG 13 Mei - Menikmati keindahan panorama matahari terbenam dari Selat Melaka menjadi antara tarikan yang ditawarkan Melaka Sea Cruise....
UMAR BAIHAQI BAWA IMPIAN BOLA SEPAK KE TAIWAN
PENGKALAN BATU 13 Mei - Pada usia lapan tahun, Muhammad Umar Baihaqi Muhammad Amri sudah melakar langkah besar dalam dunia...
AHMAD ‘SAKSI’ KEMAJUAN KAMPUNG ORANG ASLI AIR DUSUN
MACHAP JAYA 13 Mei - Penyediaan infrastruktur mengikut keperluan dan kesesuaian semasa menjadikan kehidupan penduduk di Kampung Orang Asli Air...
LEGENDA BIPANG, KUIH BAKUL TIGA GENERASI
ASAHAN 13 Mei - Tradisi menghasilkan kuih bipang dan kuih bakul setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina terus dipelihara di...
PUSAT KOMUNITI ‘NADI’ BAHARU PENDUDUK DESA DUYONG
DUYONG 12 Mei - Penduduk Taman Desa Duyong menerima sebuah pusat komuniti baharu yang siap dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Melaka...
MELAKA TUAN RUMAH FESTIVAL TEATER ZON SELATAN
AYER KEROH 12 Mei - Melaka bakal menjadi tumpuan penggiat seni teater apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Festival...
