
Tun Mohd Ali hadir majlis doa kesyukuran, bacaan Yassin di Seri Bendahara

AYER KEROH 19 Jun – Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam menghadiri majlis doa kesyukuran dan bacaan Yassin di kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka di Seri Bendahara, di sini malam tadi.
Ketibaan beliau disambut Datuk Haji Sulaiman Md Ali serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib dan diikuti dengan solat hajat serta bacaan surah Yassin yang diketuai Mufti negeri Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil.
Ia diakhiri dengan solat Isyak yang juga diimamkan Abdul Halim.
Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Hasim Hasan.
Views:
Related


Berita Lain
SURI RUMAH UBAH DAUN GETAH JADI HADIAH
ASAHAN 1 Mei – Seorang suri rumah di Kampung Jus berjaya mengubah daun getah menjadi pelbagai produk kraf bunga yang...
KUIH BAKAR JULANG NAMA ‘KAMPUNG KOBOI’
ASAHAN 1 Mei – Bermula daripada kegagalan dalam beberapa bidang perniagaan, anak jati Kampung Selandar kini berjaya mengangkat kuih bakar...
WRUR AYER KEROH: ‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN SETIAP KALI HUJAN’
AYER KEROH 1 Mei - Bantuan baik pulih kediaman daripada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) memberi makna besar buat...
BERKAIN PELIKAT ‘GELECEK’ BOLA DI PANTAI KLEBANG
KLEBANG 1 Mei - Mengenakan kain pelikat dan bertanjak sambil menggelecek bola mencuri tumpuan pada hari pertama Festival Muzik Air...
2,688 DIDIAGNOSIS AUTISME DI MELAKA
AYER KEROH 1 Mei - Dianggarkan seramai 2,688 individu telah didiagnosis dengan Autisme di Melaka dan daripada jumlah itu, ia...
23 TAHUN, MPAG MELAKAR PELBAGAI KEJAYAAN
ALOR GAJAH 1 Mei – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menyambut ulang tahun naik taraf perbandaran yang ke-23 pada 1...
