
Polis buru pengasas produk kecantikan cium bibir kanak-kanak
KUALA LUMPUR 17 Feb. – Polis sedang mengesan seorang lelaki pengasas produk kecantikan bagi membantu siasatan berhubung videonya yang tular dalam media sosial memaparkan seorang lelaki mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki.
Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata pihaknya juga sedang mengesan kanak-kanak berkenaan serta saksi kejadian.
“Siasatan kes berkenaan lebih kepada Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak dan memberi tumpuan dalam mengesan kanak-kanak berkenaan,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, video berkenaan tular dalam media sosial apabila seorang lelaki mencium bibir kanak-kanak yang didakwa sebagai adik angkat lelaki itu.
Menerusi carian pengguna media sosial, pengasas produk kecantikan terbabit memuat naik beberapa video yang memaparkan perilaku sedemikian menerusi akaun TikTok miliknya yang kini sudah dinyahaktif.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA LIBATKAN KOS RM28.45 JUTA
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Melaka dijangka melibatkan anggaran perbelanjaan berjumlah RM28.45 juta. Pengerusi Suruhanjaya...
PRN MELAKA: SPR PERKENAL SISTEM OCR-VA, PERCEPAT SEMAKAN KEHADIRAN PENGUNDI
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperluaskan pelaksanaan projek rintis Sistem Optical Character Recognition – Voter...
MELAKA MEMILIH PADA 14 NOVEMBER, 687,697 RAKYAT LAYAK MENGUNDI
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Rakyat Melaka akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: 14 HARI TEMPOH BERKEMPEN
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas...
PRN MELAKA: 271 PUSAT MENGUNDI, 1,263 SALURAN DIBUKA
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Sebanyak 271 pusat mengundi akan dibuka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan...
PRN MELAKA: 11,175 PETUGAS PILIHAN RAYA DILANTIK
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Seramai 11,175 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 pada...
