
‘Mat rempit’ ke balai

KLEBANG 21 Jun – Padah menunggang motosikal sambil melakukan aksi merbahaya, lima ‘mat rempit’ ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Dataran 1Malaysia, di sini, awal pagi ini.
Kesemua mereka ditahan antara jam 12.15 tengah malam hingga 2.15 pagi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Melaka Tengah.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, mereka yang ditahan berusia antara 15 hingga 19 tahun termasuk seorang pelajar.
“Kesemua mereka ditahan selepas didapati menunggang dalam keadaan bukan sahaja merbahayakan diri sendiri malah, pengguna jalan raya yang lain.
“Antara aksi dilakukan mereka adalah dengan membuat ‘wheelie’, pusingan bulatan serta ‘zig zag’ iaitu melakukan aksi menundukkan kepala,” katanya.
Hasan Basri berkata, pihaknya turut menyita kesemua lima buah motosikal terbabit untuk tindakan lanjut.
“Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Sementara itu, beliau turut menasihati penjaga atau ibu bapa, agar memantau pergerakan anak- anak terutama di bawah umur agar tidak membabitkan diri dalam aktiviti tidak berfaedah.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM TAJA 20 MUALAF, KAKITANGAN TUNAI UMRAH
PENGKALAN BATU 23 November - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperuntukkan RM200,000 bagi menaja 20 peserta menunaikan ibadah umrah tahun...
TAK TUNGGU LAMA, DR. AKMAL TUBUH JAWATANKUASA TANGANI ADUAN LIPUTAN TELEKOMUNIKASI
AYER KEROH 23 November - Masalah liputan telefon dan internet di Melaka menjadi antara perkara awal diberi perhatian Datuk Dr....
PERPUSTAKAAN DESA BUKAN SEKADAR TEMPAT MEMBACA, JADI PUSAT AKTIVITI KOMUNITI
DURIAN TUNGGAL 23 November - Perpustakaan desa bukan sekadar menjadi tempat mendapatkan bahan bacaan, malah berpotensi berperanan sebagai pusat aktiviti...
JUALAN MELAKA SAYANG RAKYAT DI 28 DUN BERMULA 2027
AYER KEROH 23 November - Program Jualan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) akan mula dilaksanakan dengan penyelarasan lebih bersasar tahun hadapan,...
BUKAN SEKADAR TUGAS, INI PENGORBANAN MEREKA DEMI LENDU YANG BERSIH
LENDU 23 November - Setiap pekerjaan mempunyai nilai dan sumbangan tersendiri dalam membentuk sebuah masyarakat yang harmoni, justeru, tiada pekerjaan...
LANGKAH PERTAMA HEE SEM, PERKUKUH USAHA TARIK PELABURAN KE MELAKA
AYER KEROH 23 November - Datuk Ngwe Hee Sem memulakan tugas rasminya sebagai Timbalan Exco Pelaburan dan Industri negeri dengan...
