
‘Mat rempit’ ke balai

KLEBANG 21 Jun – Padah menunggang motosikal sambil melakukan aksi merbahaya, lima ‘mat rempit’ ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Dataran 1Malaysia, di sini, awal pagi ini.
Kesemua mereka ditahan antara jam 12.15 tengah malam hingga 2.15 pagi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Melaka Tengah.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, mereka yang ditahan berusia antara 15 hingga 19 tahun termasuk seorang pelajar.
“Kesemua mereka ditahan selepas didapati menunggang dalam keadaan bukan sahaja merbahayakan diri sendiri malah, pengguna jalan raya yang lain.
“Antara aksi dilakukan mereka adalah dengan membuat ‘wheelie’, pusingan bulatan serta ‘zig zag’ iaitu melakukan aksi menundukkan kepala,” katanya.
Hasan Basri berkata, pihaknya turut menyita kesemua lima buah motosikal terbabit untuk tindakan lanjut.
“Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Sementara itu, beliau turut menasihati penjaga atau ibu bapa, agar memantau pergerakan anak- anak terutama di bawah umur agar tidak membabitkan diri dalam aktiviti tidak berfaedah.
Views:
Related


Berita Lain
MBMB BINA PARIT MONSUN, ‘FLAP GATE’ ATASI BANJIR KAMPUNG PULAU KELAPA
PERINGGIT 2 September - Penduduk Kampung Pulau Kelapa, kini mampu menarik nafas lega apabila masalah banjir kilat menghantui mereka sejak...
MAIM SAMBUNG BANTUAN, PASTIKAN KEBAJIKAN SEMBILAN BERADIK TERBELA
JASIN 2 September - Selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa yang menjadi tempat bergantung, sembilan beradik berusia antara tiga hingga 26...
WRUR TABOH NANING: JAMBATAN SEMPIT AKAN DIBESARKAN, LANCAR AKSES 15 RUMAH
TABOH NANING 2 September - Kira-kira 15 keluarga di Kampung Taboh Naning bakal menikmati akses lebih selamat apabila jambatan sempit...
MUZIUM JADI βBUKU SEJARAHβ KELUARGA
BEMBAN 2 September - Daripada sekadar membaca sejarah dalam buku, dua keluarga memilih untuk membawa anak-anak menyaksikan sendiri tinggalan kehidupan...
JENTERA DUN PASTIKAN GOLONGAN SASAR TIDAK TERCICIR
TABOH NANING 2 September - Kesepakatan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan jentera setempat di setiap Dewan Undangan Negeri...
WRUR TABOH NANING: KERAJAAN NEGERI KOMITED SEGERAKAN PEMBINAAN KLINIK KESIHATAN BAHARU DI SIMPANG AMPAT
TABOH NANING 2 September - Kerajaan Negeri akan mengangkat semula permohonan pembinaan Klinik Kesihatan (KK) Simpang Ampat yang baharu menerusi...
