
Melaka catat 26 kes baharu COVID-19 hari ini
AYER KEROH 24 Feb. – Melaka kekal merekodkan kes jangkitan COVID-19 harian pada dua angka sejak dua minggu lalu dengan 26 kes positif hari ini.
Berdasarkan infografik di Facebook rasmi Jabatan Kesihatan negeri menunjukkan tiada kes kematian direkodkan sejak lima hari lalu dan kekal 18 orang.
Daripada 26 kes baharu direkodkan hari ini 18 kes membabitkan banduan atau pendatang tanpa izin (PATI), tujuh kes tempatan dan satu kes import.
Keseluruhannya, seramai 309 pesakit sedang dirawat di Hospital Melaka dengan sembilan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat menggunakan bantuan alat pernafasan.
Sementara itu, 70 kes sembuh baharu dicatatkan, 69 kes tempatan dan satu kes import
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
GERAI MERCUN TERBAKAR: POLIS TERIMA LIMA LAPORAN, MBSP TARIK BALIK PERMIT
GEORGE TOWN 23 Mac - Polis telah memulakan siasatan berhubung kejadian kebakaran sebuah gerai jualan mercun dan bunga api di...
ANGGOTA TENTERA MAUT KEMALANGAN BABIT TIGA KENDERAAN
ALOR GAJAH 23 Mac - Seorang anggota tentera maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal dan kereta di Jalan...
15 KAWASAN DI SEMENANJUNG BERADA PADA STATUS CUACA PANAS TAHAP SATU DAN DUA – METMALAYSIA
KUALA LUMPUR 23 Mac - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan status cuaca panas di Padang Terap, Kedah berada pada tahap...
BANTUAN MAIM, LONJAK PENGELUARAN PRODUK 500 PERATUS
SERKAM 23 Mac - Sumbangan peralatan perniagaan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memberi lonjakan besar kepada operasi sebuah syarikat...
AGRO MADANI 2025 CATAT NILAI JUALAN LEBIH RM4 JUTA
MERLIMAU 23 Mac - Sejumlah RM4.3 juta nilai jualan direkodkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menerusi penganjuran Program Jualan Agro...
PENDUDUK BERINGIN, BELIMBING BAKAL TERIMA TONG SAMPAH TAHUN INI
DURIAN TUNGGAL 23 Mac - Hasrat penduduk di Kampung Beringin dan Kampung Belimbing untuk memiliki tong sampah sendiri dijangka direalisasikan...
