
Muhyiddin minta GLC pertimbang permohonan pengecualian bayaran sewa peniaga
KUALA LUMPUR 1 Mac. – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dapat mempertimbangkan permohonan pengecualian bayaran sewaan premis perniagaan GLC yang diduduki para peniaga.
“Saya terima banyak permohonan daripada peniaga-peniaga yang memohon dikecualikan bayaran sewaan premis GLC yang mereka duduki untuk berniaga,” katanya pada Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin, hari ini.
“Pertimbangkanlah permohonan-permohonan ini sebaik-baiknya. Banyak peniaga yang mengalami kerugian,” tambah beliau.
Beliau meminta agar GLC membantu peniaga-peniaga ini supaya dapat menyelamatkan perniagaan dan bangkit kembali.
“Laksanakan program tanggungjawab sosial korporat untuk membantu masyarakat yang susah. Inilah masanya untuk kita semua memberi kembali kepada masyarakat,” kata perdana menteri.
Pada masa yang sama, beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pimpinan GLC yang telah menyokong segala usaha kerajaan dalam mengurus pandemik COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.
“Apa sahaja pencapaian negara kita sepanjang tahun lalu dan yang akan datang adalah pencapaian anda semua,” tambah beliau.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA PASANG LEBIH 100 ‘SPEED BREAKER’ TEBAL KURANGKAN RISIKO KEMALANGAN
TELOK MAS 22 Jun - Kerajaan Negeri Melaka telah melaksanakan pemasangan dan penambahbaikan lebih 100 'speed breaker' (bonggol jalan) di...
KECEMERLANGAN ANAK MELAKA BUKAN KEBETULAN, TETAPI HASIL KOMITMEN KERAJAAN NEGERI PERKASA ASPEK PENDIDIKAN
AYER KEROH 22 Jun - Keputusan membanggakan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2025 diraih Negeri Melaka bukan satu...
MELAKA KOMITED PERKUKUH ASPEK KESELAMATAN AWAM
AYER KEROH 22 Jun - Semua jabatan, agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diarah untuk menilai semula tahap keselamatan kemudahan...
KAMPUNG DIGITAL: 5,864 MYKAD SUDAH GUNA ALAMAT DIGITAL
AYER KEROH 22 Jun - Inisiatif Kampung Digital di Melaka kini menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila penggunaannya semakin meluas dalam kalangan...
WRUR PARLIMEN JASIN: KAMPUNG KITA, MPJ TAWAR DISKAUN KOMPAUN 80 PERATUS
RIM 22 Jun - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menawarkan diskaun bayaran kompaun sehingga 80 peratus bersempena program Wakil Rakyat Untuk...
MELAKA SASAR 20 PINGAT EMAS PADA SUKMA SELANGOR
AYER KEROH 22 Jun - Melaka menyasarkan kutipan 20 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 dengan acara...

