
Penduduk Melaka digesa daftar MySejahtera untuk suntikan vaksin COVID-19
MASJID TANAH 6 Mac. – Rakyat di negeri ini digesa supaya mendaftar di aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, setakat ini hanya tujuh peratus di seluruh Malaysia yang berdaftar MySejahtera bagi mendapatkan vaksin itu.
“Saya menggalakkan agar mereka semua berdaftar dengan MySejahtera, setakat hari ini hanya tujuh peratus yang daftar.
“Ini agak membimbangkan, saya mohon terutama kita dalam Negeri Melaka ini daftar MySejahtera,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Pasar Tani FAMA Masjid Tanah, hari ini.
Jelasnya, pendaftaran itu bagi memudahkan kerajaan untuk mengenalpasti mereka yang akan menerima suntikan vaksin COVID-19 tersebut.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan Setiausaha Politik Ketua Menteri, Datuk Wira Sazali Muhd Din.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PELAYARAN INDAH DENGAN MELAKA SEA CRUISE
DUYONG 13 Mei - Menikmati keindahan panorama matahari terbenam dari Selat Melaka menjadi antara tarikan yang ditawarkan Melaka Sea Cruise....
UMAR BAIHAQI BAWA IMPIAN BOLA SEPAK KE TAIWAN
PENGKALAN BATU 13 Mei - Pada usia lapan tahun, Muhammad Umar Baihaqi Muhammad Amri sudah melakar langkah besar dalam dunia...
AHMAD ‘SAKSI’ KEMAJUAN KAMPUNG ORANG ASLI AIR DUSUN
MACHAP JAYA 13 Mei - Penyediaan infrastruktur mengikut keperluan dan kesesuaian semasa menjadikan kehidupan penduduk di Kampung Orang Asli Air...
LEGENDA BIPANG, KUIH BAKUL TIGA GENERASI
ASAHAN 13 Mei - Tradisi menghasilkan kuih bipang dan kuih bakul setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina terus dipelihara di...
PUSAT KOMUNITI ‘NADI’ BAHARU PENDUDUK DESA DUYONG
DUYONG 12 Mei - Penduduk Taman Desa Duyong menerima sebuah pusat komuniti baharu yang siap dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Melaka...
MELAKA TUAN RUMAH FESTIVAL TEATER ZON SELATAN
AYER KEROH 12 Mei - Melaka bakal menjadi tumpuan penggiat seni teater apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Festival...
