
301,699 individu terima dos pertama vaksin COVID-19 setakat 14 Mac
KUALA LUMPUR 15 Mac. – Seramai 301,699 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah menerima dos pertama vaksin setakat semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata Selangor merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 36,163 individu, diikuti Perak (33,036), Sarawak (31,527) dan Kuala Lumpur (28,244).
“Di Sabah seramai 26,446 individu, Pahang (25,325), Johor (22,965), Kedah (18,539), Pulau Pinang (16,758), Kelantan (15,411) dan Terengganu (14,137).
“Di Negeri Sembilan pula seramai 12,209 individu, Melaka (7,963), Perlis (6,807), Putrajaya (3,827) dan Labuan (2,342),” katanya menerusi infografik yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya hari ini.
Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Februari lalu menyasarkan untuk memberi imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
DELEGASI AFRIKA-ASIA JATUH HATI DENGAN MELAKA
MACHAP JAYA 13 Ogos - Keramahan rakyat dan pengalaman melihat sendiri pembangunan komuniti di Melaka menjadi kenangan bermakna buat delegasi...

