
Lebih 367,000 individu terima dos pertama vaksin COVID-19 setakat semalam
KUALA LUMPUR 18 Mac. – Seramai 367,213 individu menerima dos pertama vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata Selangor merekodkan pemberian vaksin paling tinggi dengan 45,854 individu diikuti Perak (42,227); Sabah (36,443); Kuala Lumpur (33,500) dan Sarawak (32,665).
“Sementara itu di Johor 27,131 individu telah menerima dos pertama vaksin diikuti Pahang (26,574); Kedah (25,492); Pulau Pinang (22,037); Kelantan (17,904); dan Negeri Sembilan (15,958).
“Di Terengganu pula seramai 15,726 individu; Melaka (9,954); Perlis (8,795); Putrajaya (4,611); dan Labuan (2,342),” katanya menerusi infografik di akaun Twitter miliknya hari ini.
Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Februari itu menyasar untuk memberikan imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LEBIH 200 INSAN ISTIMEWA MERIAHKAN SERUMPUN RACE SPECIAL EDITION 2025
BANDA HILIR 4 September - Lebih 200 insan istimewa memeriahkan Program Serumpun Race Special Edition 2025 yang melibatkan enam buah...
SUKAN AIR, ‘BANANA BOAT’ TARIKAN PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 September – Aktiviti air seperti pertunjukan jet ski dan 'banana boat' antara tarikan utama sepanjang Pesta Pantai...
1,000 PENARI ZAPIN, PESTA KONDA KONDI MERIAHKAN WTD 2025
OSAKA, JEPUN 4 September - Tarian zapin serumpun yang mengumpulkan 1,000 penari menjadi antara tarikan pada Hari Pelancongan Sedunia (WTD)...
KANAK-KANAK LIMA TAHUN CEDERA DISERANG ANJING
KUALA LUMPUR, 4 Sept - Seorang kanak-kanak lelaki cedera di kepala selepas diserang seekor anjing di Taman Megah, Cheras petang...
SAKIT KEPALA RUPANYA DIUJI HIDAP KETUMBUHAN
DUYONG 4 September - Sakit kepala pada awalnya yang disangka akibat resdung dan alahan kucing mengubah hidup pelajar Tingkatan Empat,...
MELAKA BUKA JALAN KERJASAMA DENGAN NIPRO CORPORATION
OSAKA, JEPUN 3 September - Kerajaan Negeri membuka jalan kerjasama dengan syarikat Nipro Corporation dalam siri lawatan kerja ke Osaka,...