
SPRM beri jaminan bertindak profesional laksanakan tugas
PUTRAJAYA 23 Mac – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki memberi jaminan agensi itu akan melaksanakan tanggungjawabnya secara profesional berlandaskan undang-undang.
Katanya SPRM juga akan menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang diberikan.
Jaminan itu diberikan pada pertemuan beliau dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat kunjungan ke pejabatnya semalam.
“Dalam pertemuan tersebut, saya telah mendengar beberapa isu semasa berbangkit dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar yang menjadi keprihatinan beliau,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena kunjungan itu.
Azam berkata SPRM juga menghargai sokongan yang diberikan oleh Ketua Pembangkang itu terhadap agensi berkenaan dalam usaha membanteras rasuah secara berkesan di negara ini.
Sementara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata beliau menyokong tindakan SPRM mengekang rasuah di negara ini ekoran Indeks Persepsi Rasuah 2020 yang dikeluarkan oleh Transparency International menunjukkan amalan itu masih pada tahap membimbangkan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PEMUDA DISYAKI ‘LIBAS’ REMAJA PEREMPUAN DITAHAN
AYER KEROH 21 Oktober - Tindakan pantas pasukan polis berjaya memberkas seorang pemuda yang disyaki terbabit dalam kejadian mencederakan seorang...
DEEPAVALI DISAMBUT MERIAH DI MELAKA
KUALA LINGGI 21 Oktober - Dari pagi hingga ke malam, rumah terbuka bersempena sambutan Deepavali yang dianjurkan tidak putus menerima...
WRUR: ‘MASTERCLASS’ MHI DIDIK MASYARAKAT KOMUNIKASI ALAF BAHARU
KLEBANG 21 Oktober - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang, Datuk Wira Lim Ban Hong memuji inisiatif Melaka Hari Ini...
USAHAWAN MELAKA HALAL HUB TAMPIL PRODUK BERINOVASI DI MIHF’25
AYER KEROH 21 Oktober - Produk berinovasi tinggi dan berdaya saing di pasaran global seperti makanan retort, sedia dimakan dan...
PEKERJA KILANG CEDERA DILIBAS OBJEK TAJAM OLEH LELAKI TIDAK DIKENALI
PANTAI KUNDOR 21 Oktober - Seorang remaja perempuan yang juga pekerja di sebuah kilang di Tangga Batu cedera di pinggang...
‘PERPADUAN JADI TUNJANG SAMBUTAN DEEPAVALI DI MELAKA’
AYER KEROH 20 Oktober – Sambutan Deepavali di Melaka menyerlahkan semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum apabila majlis rumah terbuka...