Kempen Shop@Melaka sempena Aidilfitri tawar diskaun 85 peratus

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

AYER KEROH 15 April. – Rakyat Melaka berpeluang menikmati potongan harga ‘runtuh’ sehingga 85 peratus ketika membeli pelbagai barangan di pasar raya terpilih menerusi kempen Shop@Melaka bagi persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, kempen itu dilancarkan sepanjang Ramadan hingga Hari Raya Aidilfitri bertujuan bagi menggalakkan orang ramai berbelanja dengan harga murah.

MUHAMMAD Jailani ketika berucap pada majlis berbuka bersama anak yatim dan murid maahad tahfiz di Hotel MITC, semalam.

Katanya, sebanyak tujuh pasar raya besar di negeri ini terbabit dalam kempen selama sebulan itu antaranya Freeport A’Famosa Outlet (FAO), Mahkota Parade, AEON Bandaraya Melaka dan Dataran Pahlawan.

“Menerusi kempen ini anak Melaka boleh mendapat potongan harga sehingga 85 peratus, manakala semua pengunjung yang lahir luar Melaka tetapi menetap di negeri ini boleh mendapat potongan harga 80 peratus.

“Kempen ini juga bertujuan menggalakkan aktiviti beli-belah di premis yang terkesan akibat pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Berbuka Puasa di Hotel MITC bersama anak-anak Lembaga Pengurusan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin (PAYASUM) dan Maahad Tahfiz di sekitar negeri.

Menurut Muhammad Jailani, kerajaan negeri menggalakkan lebih ramai premis menyertai kempen berkenaan.

SEBAHAGIAN anak yatim dan murid tahfiz yang diraikan dalam majlis berbuka puasa di Hotel MITC semalam.

“Sila kemukakan perancangan untuk bergabung dalam platform Shop@Melaka kerana kita memang hendak memberikan rakyat berbelanja harga runtuh.

“Sekiranya kempen ini mencapai matlamat, ia akan dilanjutkan sehingga selepas perayaan Aidilfitri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

509
Kongsi :
Previous post MPHTJ akan tarik lesen penganjuran pasar Ramadan abai SOP
Next post Melaka sasar kutipan zakat harta dan fitrah RM105 juta tahun ini
Ubah saiz-+=