
PKP: Polis Kelantan minta orang ramai guna surat kebenaran baharu
KOTA BHARU. 16 April. – Polis Kelantan meminta orang ramai menggunakan surat kebenaran rentas negeri atau daerah yang baharu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh kawasan di negeri itu yang bermula hari ini hingga 29 April.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata hasil tinjauan beliau di sekatan jalan raya mendapati masih ada pihak menggunakan surat rentas negeri atau daerah yang lama, malah ada digunakan semasa PKP Januari lalu.
“Sekiranya degil, mereka boleh diambil tindakan seperti dikenakan kompaun,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan sekatan jalan raya di Jambatan Sultan Yahya Petra di sini awal pagi tadi.
Shafien berkata 500 anggota dan sukarelawan polis akan mengadakan 17 sekatan jalan raya selama dua minggu dalam tempoh PKP itu.
Rabu lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tujuh kawasan di Kelantan yang terdiri daripada jajahan/daerah di Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah dikenakan PKP.
Menurut Ismail Sabri, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan kes sebanyak 30.5 peratus di negeri itu dalam tempoh 14 hari iaitu daripada 756 kes kepada 1,088 kes, dan kesemua tujuh jajahan/daerah itu berada dalam Zon Merah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
1,000 PESERTA MERIAHKAN KARNIVAL CERIA SIMPAN SSPN
BANDARAYA MELAKA 28 Jun - Karnival Ceria Simpan SSPN (KCS) 2026 berlangsung dalam suasana meriah dengan penglibatan kira-kira 1,000 orang...
MELAKA PERUNTUK RM4.41 JUTA PERKASA PROGRAM PEMULIHAN OKU
SERKAM 28 Jun - Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan RM4.41 juta bagi menyokong pelaksanaan Program Pemulihan Dalam...
360 CALON SPM MELAKA NIKMATI TUISYEN MATEMATIK TAMBAHAN PERCUMA
MERLIMAU 28 Jun - Seramai 360 pelajar Tingkatan Lima di Melaka bakal menikmati tuisyen Matematik Tambahan secara percuma menerusi Program...
SERKAM DUN PERTAMA DI MELAKA MILIKI LOKAR UBAT, PUSAT REHABILITASI KOMUNITI
SERKAM 28 Jun - Serkam menjadi Dewan Undangan Negeri (DUN) pertama di negeri ini yang memiliki perkhidmatan Lokar Ubat menerusi...
LAMAN BROMELIAD JADI TARIKAN PELANCONGAN BAHARU MELAKA
BANDA HILIR 28 Jun - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) menjalin kerjasama strategik menerusi...
PAMA: MELAKA PERKUKUH AGENDA PENDIDIKAN, BANTU PELAJAR TERCICIR
MERLIMAU 28 Jun - Kerajaan Melaka terus membuktikan komitmennya dalam memperkasa pendidikan apabila melaksanakan pelbagai program kecemerlangan dan pembangunan sahsiah...

