
Pelajar 17 tahun punca wujud Kluster Pengkalan Batik
AYER KEROH 22 April. – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) merekodkan pertambahan satu kluster baharu iaitu Kluster Pengkalan Batik semalam.
Kluster itu melibatkan institusi pengajian iaitu Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zain di Daerah Alor Gajah.
Menurut laman Facebook JKN, kes indeks merupakan pelajar berusia 17 tahun yang telah dikesan melalui saringan
bergejala.
“Kes indeks berasal dari Selangor, setakat ini seramai 36 kontak rapat disahkan positif hasil saringan daripada 186 orang kontak rapat,” katanya.
Manakala bagi perincian kes sebanyak 63 kes positif direkodkan semalam melibatkan 57 kes warga tempatan dan enam kes import.
Setakat semalam sebanyak 256 kes sedang dirawat yang mana empat kes di unit rawatan rapi (ICU) dengan dua kes menggunakan bantuan alat pernafasan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TERIMA DUA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA, BUKTI MELAKA RIVER CRUISE SEMAKIN DIKENALI DUNIA
AYER KEROH 23 Jun - Produk pelancongan ikonik negeri, Melaka River Cruise mengukuhkan reputasi di pentas antarabangsa apabila meraih dua...
PELANTIKAN JABATAN, BAPA ANGKAT SUNTIK SEMANGAT ATLET SUKMA MELAKA
AYER KEROH 23 Jun - Inisiatif pelantikan bapa angkat dan jabatan angkat dilihat mampu membantu atlet Melaka untuk memberikan persembahan...
NUR JASMINE TEMUI ISLAM MELALUI KASIH IBU ANGKAT
KESIDANG 23 Jun - Perjalanan hidup Nur Jasmine Qaisara Lee Shin Yi, 25, memeluk Islam sejak 2016 akhirnya membawa dia...
LPM SELESAI BINA 10 RUMAH TRANSIT
AYER KEROH 23 Jun - Sebanyak 10 unit rumah transit telah siap dibina oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM) di seluruh...
RUMAH BAHARU HADIAH TERINDAH BUAT KHADIJAH
AYER KEROH 23 Jun - Selepas lebih tujuh dekad menumpang teduh di rumah pusaka yang semakin uzur dan tidak selama...
BULATAN PALING SIBUK DI MELAKA KINI LANCAR
KESIDANG 23 Jun – Keputusan berani memansuhkan penggunaan lampu isyarat di Bulatan Malim Jaya terbukti menjadi titik perubahan kepada penyelesaian...

