
Pejabat Speaker DUN Melaka raikan ketua jabatan
BANDA HILIR 29 April. – Lebih 100 ketua jabatan agensi dan jabatan kerajaan negeri diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa anjuran Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melak di Hotel Hatten, di sini, hari ini.
Terdahulu, Speaker DUN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh tiba meraikan ketua-ketua jabatan tersebut kira-kira jam 7 malam.
Kehadirannya disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Hasim Hasan bersama Exco kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan kenamaan lain.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan jamuan makan ringan sebelum semua hadirin menunaikan solat Maghrib berjemaah di situ.
Usai solat, jamuan makan malam diteruskan sambil diiringi persembahan oleh Bridged Seni.
Majlis yang berlangsung serba ringkas itu berakhir kira-kira jam 9 malam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KOMITMEN BERTERUSAN MELAKA TANGANI RISIKO BANJIR
AYER KEROH 30 April - Komitmen Kerajaan Negeri untuk menangani risiko banjir diterjemahkan menerusi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB)...
WRUR AYER MOLEK LAKSANA 100 PROGRAM, FOKUS GOLONGAN BELIA
SERI NEGERI 30 April - Lebih 100 program bakal dilaksanakan pada Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri...
WRUR: PASTIKAN ADUAN RAKYAT DIPANTAU, DISELESAI SECARA MENYELURUH
SERI NEGERI 30 April - Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diminta supaya terus melakukan pemantuan berhubung perkembangan aduan diterima...
VETERINAR ZOO MELAKA, ADIWIRA DI SEBALIK SANGKAR
AYER KEROH 30 April - Di sebalik sangkar taman haiwan ini, berdirinya sekumpulan adiwira yang memainkan peranan besar memastikan setiap...
TAMAN REKREASI MADANI RUANG RIADAH MESRA KOMUNITI
AYER KEROH 30 April – Pembangunan Taman Rekreasi MADANI (TRM) di Dataran Sejarah Ayer Keroh dijangka akan menghidupkan lagi kawasan...
SK MALIM JOHAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
AYER KEROH 30 April - Sekolah Kebangsaan (SK) Malim membuktikan kehebatan di pentas bahas apabila dinobat johan pada Pertandingan Bahas...
