
Hotel di Ayer Keroh cetus kluster baharu
AYER KEROH 8 Mei. – Melaka merekodkan pertambahan satu lagi kluster baharu membabitkan sebuah hotel di Ayer Keroh.
Mengikut kenyataan harian Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, sehingga kini 10 kes positif dikesan daripada kluster yang dikenali sebagai Kluster Jalan PKAK Ayer Keroh itu, namun puncanya masih dalam siasatan.
Kata kenyataan itu, seramai 242 kontak rapat telah dikenal pasti dan bakal disaring dalam masa terdekat.
“JKN Melaka mengesyaki ia merupakan jangkitan komuniti atau sporadik daripada tempat kerja kes indeks iaitu tempat tumpuan pengunjung untuk berbuka puasa.
“Ia seterusnya merebak dalam kalangan kontak terdekat di tempat kerja,” kata kenyataan itu semalam.
Untuk rekod, sehingga kini seramai 556 kes positif masih dirawat berikutan pertambahan 74 kes positif baharu pada semalam.
Daripada jumlah itu, seramai 33 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tujuh daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...

