
Nelayan ditemui lemas selepas bot dipanah petir
SUNGAI PETANI 9 Mei. – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai apabila bot dinaikinya disambar petir, ditemui lemas tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mayat Mohd Nasir Marzuki, 23, ditemui nelayan tempatan kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh di muara Sungai Merbok jam 12.30 tengah malam.
“Pihak bomba (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) telah bertindak ke lokasi dan membawa naik mayat mangsa, dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Mayat nelayan itu telah disahkan oleh ahli keluarga dan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Shah untuk bedah siasat. Operasi SAR (mencari dan menyelamat) ditamatkan dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd Nasir dikatakan keluar untuk menangkap ikan bersama seorang rakannya dari Jeti Pengkalan Bakar Arang, dekat sini kira-kira 12 tengah malam, dan pada jam 4 pagi semalam ketika berada kira-kira 300 meter dari pantai, bahagian hadapan bot mereka tiba-tiba disambar petir menyebabkan Mohd Nasir pengsan dan terjatuh ke dalam sungai, lalu terus hilang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DARI LESONG BATU KE PENTAS NASYID NEGARA, SOFWATUL ITTIHAD HARUMKAN NAMA MELAKA
MACHAP JAYA 21 Julai - Penantian selama tiga tahun akhirnya berbaloi apabila kumpulan nasyid Sofwatul Ittihad dari Sekolah Kebangsaan (SK)...
BLOK BAHARU MMC SIAP 2028, BUKA PELUANG PEKERJAAN BAHARU
BANDA HILIR 21 Julai - Pembinaan blok hospital baharu setinggi 10 tingkat Mahkota Medical Centre (MMC) dijangka siap pada 2028,...
PELANCONGAN KESIHATAN MELAKA TERIMA 339,398 PENGUNJUNG SETAKAT JUN
BANDA HILIR 21 Julai - Seramai 339,398 pengunjung luar direkodkan menerusi sektor pelancongan kesihatan di negeri ini bagi tempoh Januari...
KEJATUHAN RUPIAH TIDAK JEJASKAN KEMASUKAN PELANCONG INDONESIA KE MELAKA
BANDA HILIR 21 Julai - Kemerosotan nilai Rupiah Indonesia tidak menjejaskan kemasukan pelancong kesihatan dari negara itu ke Melaka. Ketua...
KOMPLEKS BAHARU MMC PERKUKUH MELAKA SEBAGAI HAB PELANCONGAN KESIHATAN
BANDA HILIR 21 Julai - Pembukaan kompleks baharu Mahkota Medical Centre (MMC) bakal menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh kedudukan Melaka...
NELAYAN PANTAI KUNDOR LEGA, ADA SINAR KEMBALI KE LAUT
PANTAI KUNDOR 21 Julai - Kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyantuni komuniti nelayan di Pantai Kundor...
