
‘Panggil semula lebih 100 saksi kes Adib’ – Zuraida
SUNGAI UDANG 3 Julai – Pembukaan semula kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim diharap dapat dilakukan secara menyeluruh bagi membawa pelaku sebenar ke muka pengadilan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya mengharapkan siasatan terbaharu ini dapat memanggil semula kesemua lebih 100 saksi dalam usaha menjejaki penjenayah sebenar dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.
“Kes Adib telah disahkan sebagai kes jenayah dan bukannya kemalangan. Bagaimanapun, hasil siasatan polis sebelum ini tidak dapat mengesan pelaku sebenar.
“Jadi, bila kes ini dibuka kembali, saya berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dapat meneliti semula dan bertemu kembali dengan lebih 100 saksi yang berkaitan dengan kes ini dan berharap penjenayah sebenar dapat ditemukan kali ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika melawat Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang, pagi tadi.
Dalam insiden 26 November 2018, Muhammad Adib dilaporkan cedera parah dalam rusuhan tersebut, sebelum meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember 2018.
Pada 27 September tahun lepas, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.
Views:
Related


Berita Lain
TIGA HOSPITAL PANEL MAMOGRAM UNTUK WANITA MELAKA
AYER KEROH 26 Mei - Tiga hospital swasta di negeri ini dilantik sebagai hospital panel bagi membantu golongan wanita menjalani...
WARGA MPHTJ PERKUKUH BUDAYA KERJA BERPRESTASI TINGGI
AYER KEROH 26 Mei - Warga Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) diminta agar terus memperkukuhkan budaya kerja cemerlang, profesionalisme...
BELUM PUTUS ASA PERJUANG PASAR AWAM MACHAP
MACHAP JAYA 26 Mei - Pembinaan sebuah pasar awam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya akan terus diusahakan Datuk...
CUTI SEKOLAH: MACAM-MACAM PROGRAM MENARIK ADA DI MUZIUM MELAKA
AYER KEROH 26 Mei - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menawarkan pelbagai promosi tiket, program interaktif dan aktiviti berunsur warisan budaya...
AIDILADHA: MAIM TUMBANG DUA LEMBU KORBAN UNTUK ORANG ASLI
AYER KEROH 26 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menumbangkan dua ekor lembu untuk komuniti Orang Asli di...
SUAMI ISTERI ‘HIDUPKAN’ TANAH TERBIAR DENGAN CILI KULAI
ASAHAN 26 Mei - Tapak terbiar di Felcra Desa Mesra Perdana, Bukit Sedanan yang sudah lama sunyi kini kembali hidup...
