
Belanjawan 2022 tumpu soal bantu rakyat- PM Muhyiddin
“Kalau ada duit kita akan gunakan berapa ratus bilion pun untuk bantu rakyat dan itu akan datang insya-Allah,” katanya dalam Bicara Khas Cabaran Pandemik COVID-19 eksklusif bersama Perdana Menteri yang disiarkan di RTM dan Bernama TV malam tadi.
Muhyiddin berkata kerajaan ketika ini telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu semua kumpulan rentan yang terkesan berikutan COVID-19.
“Bantuan itu masih berjalan supaya kesan daripada pandemik dan kawalan ketat (SOP) yang dikenakan tidaklah membawa kesan yang terlalu ketara sampai rakyat hidup dalam keadaan susah, papa kedana… saya tak suka dengar itu.
“Sebagai Perdana Menteri saya berasa sedih dan sebab itu kita tolong seberapa yang boleh dan termampu,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SALIRAN TERSUMBAT, ISU KOLAM TAKUNGAN ANTARA PUNCA BANJIR KILAT SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 17 November - Permasalahan berkaitan sistem saliran dan penyelenggaraan kolam takungan dikenal pasti sebagai antara faktor menyumbang kepada...
TOK HAMEED TURUN PADANG, NASIB TUJUH BERANAK DITIMPA MUSIBAH DIBERI PERHATIAN
AYER LIMAU 17 November – Kejadian bumbung kediaman runtuh yang menimpa sebuah keluarga membabitkan tujuh beranak di Jalan Bilal Mamat,...
MISI 100 HARI BERMULA, AZRIL KOMITED JAYAKAN ‘TEKAD KELUARGA REMBIA’
REMBIA 17 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Ahmad Norazril Abdul Aziz memulakan tugas rasmi hari pertamanya dengan...
ISU BANJIR SERKAM: TOK MAN TURUN PADANG, TINJAU KEADAAN
SERKAM 17 November - Masalah banjir berulang di persimpangan lampu isyarat berhadapan Pondok Polis Serkam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan...
JEZLEE SEDIA DENGAR, TELITI SETIAP ADUAN RAKYAT
SUNGAI RAMBAI 17 November - Pelbagai aduan penduduk Sungai Rambai yang disuarakan menerusi media sosial akan diteliti bagi mengenal pasti...
ADUAN PENDUDUK LENDU KINI DI HUJUNG JARI, WHATSAPP KHAS DIBUKA
LENDU 17 November – Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.04 Lendu kini mempunyai saluran lebih mudah dan pantas...
