
UTC Melaka tutup sepanjang PKP Penuh
AYER KEROH 31 Mei – Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Jalan Hang Tuah ditutup sementara selama 14 hari sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di seluruh negara berkuat kuasa mulai esok.
Pengurusnya Siti Aisyah Mahmood berkata, sehubungan itu semua operasi jabatan dan agensi di dalam bangunan itu akan ditangguhkan sepanjang tempoh itu sehingga 14 Jun depan.
“Perlaksanaan penutupan ini selaras dengan arahan dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) bagi menangguhkan operasi UTC sepanjang ‘total lockdown’ fasa pertama pada perintah itu.
“Sehubungan itu semua agensi yang terlibat dengan UTC Melaka diminta memaklumkan kepada orang awam mengenai penutupan premis masing-masing secara meluas,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TAMAN BOTANIKAL AYER KEROH BERPOTENSI DIBANGUNKAN SEBAGAI TARIKAN EKO-PELANCONGAN
AYER KEROH 5 Mac - Taman Botanikal Ayer Keroh berpotensi dibangunkan sebagai produk eko-pelancongan bandar yang mampu menggamit lebih ramai...
PINTU MASUK ALOR GAJAH ‘BERCAHAYA’ SAMBUT KEPULANGAN ANAK PERANTAU
ALOR GAJAH 5 Mac – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menghias sembilan lokasi utama termasuk pintu masuk ke daerah ini...
PELANCONG JERMAN KE MELAKA MENINGKAT, PROMOSI DIPERHEBATKAN DI ITB BERLIN 2026
AYER KEROH 5 Mac – Melaka semakin menjadi destinasi pilihan pelancong Jerman dengan jumlah pelawat meningkat daripada 41,950 orang pada...
ZAKAT MELAKA SASAR KUTIPAN RM162 JUTA TAHUN INI
BUKIT KATIL 5 Mac – Zakat Melaka menyasarkan kutipan sebanyak RM162 juta bagi tahun ini dengan peningkatan dijangka melibatkan zakat fitrah...
ZAKAT MELAKA SANTUNI 60 PELAJAR ASNAF BUAT PERSIAPAN AIDILFITRI
BUKIT KATIL 5 Mac – Seramai 60 pelajar asnaf seluruh negeri ini menerima sumbangan bagi membuat persiapan menyambut Aidilfitri menerusi...
TEBUS BAUCAR E-WALLET, BERBELANJA DI BAZAR RAMADAN RAHMAH
KESIDANG 5 Mac - Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah di empat lokasi di negeri ini mula menebus baucar E-Wallet bernilai RM20...

