
Surat MITI perlu ada kod QR – Bukit Aman
KUALA LUMPUR 1 Jun – Bagi mengelakkan pemalsuan surat kebenaran syarikat beroperasi, surat yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan dilengkapi dengan kod respon pantas (QR).
SAC Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman SAC M V Srikumar M Nair berkata kod berkenaan akan diimbas oleh polis di sekatan jalan raya bagi memastikan ia adalah tulen.
“Apabila kod berkenaan diimbas (pautan berkenaan) akan meminta satu nombor kod yang mana hanya pihak polis sahaja mempunyai kod tersebut. Apabila kita memasukkan nombor kod itu, maka kita akan dapat tahu sama ada surat itu betul tally (selaras) dengan pemegang surat,” katanya kepada Bernama semasa hadir menjadi tetamu dalam Ruang Bicara PDRM di sini malam tadi.
Dalam pada itu, beliau menolak dakwaan wujudnya layanan dwistandard terhadap kebenaran merentas negeri dan daerah terhadap mana-mana individu atau kumpulan seperti mana yang didakwa sesetengah pihak.
“PDRM tidak melihat golongan kayangan atau sebaliknya…jika mempunyai dokumen yang sah dan bukti (kukuh), maka (permohonan rentas daerah atau negeri) adalah dibenarkan,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
WARGA MELAKA HARI INI DIPERKASA KEMAHIRAN AI
AYER KEROH 5 Ogos - Seramai 31 warga kerja dan pengamal media Melaka Hari Ini memperkukuh kemahiran berasaskan teknologi kecerdasan...
MELAKA KENAL PASTI 29 SUMBER HASIL BAHARU BERPOTENSI JANA RM157 JUTA
TABOH NANING 5 Ogos - Sebanyak 29 cadangan daripada 26 jabatan dan agensi pemungut hasil dikenal pasti berpotensi menjana hasil...
RUMAH UZUR DIMAKAN ANAI-ANAI, TOK RAUF UMUM PERUNTUKAN BAIK PULIH RM25,000 DARIPADA MAIM
AYER MOLEK 5 Ogos - Wanita warga emas yang tinggal seorang diri di rumah uzur akibat dimakan anai-anai bakal mendiami...
HASIL MELAKA MENINGKAT RM122.7 JUTA
TABOH NANING 5 Ogos - Hasil Negeri Melaka meningkat RM122.7 juta dalam tempoh dua tahun daripada RM427.5 juta pada 2023...
TERIMA KASIH KETUA MENTERI DATANG RUMAH SAYA
AYER MOLEK 5 Ogos - Riak wajah ceria jelas kelihatan pada wajah Norsiah Yahya, 73, selepas kediamannya di Kampung Kandang,...
LEBIH 12,000 PESERTA MERIAHKAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN MELAKA 31 OGOS INI
KLEBANG 5 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka bakal menyaksikan lebih 12,000 peserta perbarisan kawad kaki dengan...

