
10,000 sukarelawan Olimpik Tokyo tarik diri
MOSCOW 3 Jun – Jepun berdepan cabaran baharu apabila kira-kira 10,000 daripada 80,000 sukarelawan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo menarik diri, menurut Ketua Pegawai Eksekutif jawatankuasa penganjur, Toshiro Muto, lapor Sputnik memetik Kyodo News pada Rabu.
“Tidak syak lagi, antara sebabnya kerana bimbang jangkitan COVID-19,” kata Muto.
Menurut Muto, ada juga beberapa sukarelawan berhenti disebabkan pertindihan jadual selepas temasya itu ditunda berikutan pandemik.
Disebabkan program vaksinasi yang perlahan dan jumlah varian virus yang semakin meningkat di Jepun, penganjur menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sokongan dan meyakinkan orang ramai acara itu dapat dianjurkan dengan selamat.
Daripada 10,000 sukarelawan yang menarik diri itu, kira-kira 1,000 dilaporkan berhenti disebabkan komen berbaur seksis yang dibuat bekas presiden jawatankuasa penganjur, Yoshiro Mori dalam satu mesyuarat. Komen Mori itu dikritik hebat yang membawa kepada peletakan jawatannya.
Jawatankuasa penganjur sebelum ini telah melantik 80,000 sukarelawan daripada 200,000 yang memohon.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
OUM PILIHAN WARGA KERJA, OKU BINA KERJAYA SAMBIL BELAJAR
AYER KEROH 17 Ogos - Pembelajaran fleksibel, yuran pengajian yang kompetitif serta kemudahan pembelajaran dalam talian menjadikan Open University Malaysia...
POLIS SIASAT KES LELAKI DITUMBUK BERKAITAN TAPAK NIAGA
MELAKA 17 Ogos - Polis mengesahkan kejadian pergaduhan membabitkan seorang lelaki yang ditumbuk di bahagian kepala, dipercayai berpunca daripada perselisihan...
JAKIM DEKATI REMAJA, TANGANI ISU SOSIAL
PENGKALAN BATU 17 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneruskan Program Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS) ke seluruh...
INKLUSIVITI DESA FELDA HUTAN PERCHA PUKAU DELEGASI 18 NEGARA
BANDA HILIR 17 Ogos - Pengalaman tinggal bersama masyarakat Felda Hutan Percha memberi kesan mendalam kepada 20 peserta dari 18...
‘MELAKA BILA LARUT MALAM’ BAWA NAFAS BAHARU KE PASAR BESAR BACHANG
AYER KEROH 17 Ogos - Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bachang bakal dihidupkan pada sebelah malam menerusi program...
FELDA HUTAN PERCHA JADI MODEL DESA DI PENTAS ANTARABANGSA – KKDW
BANDA HILIR 17 Ogos - Felda Hutan Percha dipilih sebagai model komuniti luar bandar Malaysia untuk dipelajari 20 peserta dari...
