
Lebih 70,000 guru di seluruh negara telah divaksin
KUALA LUMPUR 6 Jun – Lebih 70,000 guru di seluruh negara telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19 sehingga kini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kementeriannya akan terus berusaha bagi memastikan lebih ramai guru menerima vaksin ketika tempoh penutupan sekolah ketika ini.
“Saya telah bincang dengan Menteri Penyelaras Vaksin COVID-9, Khairy Jamaluddin (Abu Bakar) dan akan berusaha untuk meningkatkan suntikan vaksin dalam kalangan guru,” katanya pada sidang media mengenai pengoperasian sekolah yang disiarkan langsung di saluran televisyen dan media sosial di sini pagi tadi.
Mengulas lanjut beliau juga menasihatkan para guru supaya hadir untuk mengambil vaksin sekiranya dijemput kerana mahu supaya semua guru mendapat vaksin dalam tempoh terdekat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PERZIM AJAK RAKYAT MALAYSIA HAYATI ERTI KEMERDEKAAN
AYER KEROH 15 Ogos - Bagi membangkitkan semangat cintakan negara dan patriotisme Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengatur pelbagai pengisian serta...
KEJOHANAN EMPAT PENJURU, MEDAN MELAKA FC UJI KESERASIAN PEMAIN
BANDA HILIR 14 Ogos - Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 menjadi medan penting buat Melaka FC...
MAIM BAIK PULIH LIMA PREMIS TERBIAR DALAM KAWASAN TAPAK WARISAN
AYER KEROH 14 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengambil tindakan segera dengan memberi nafas baharu kepada lima premis...
MELAKA FC ANJUR KEJOHANAN EMPAT PENJURU SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG DI-PERTUA NEGERI
BANDA HILIR 14 Ogos - Melaka FC menyasarkan penganjuran The Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 sebagai acara...
MPHTJ SELESAIKAN 70.2 PERATUS ADUAN RAKYAT
AYER KEROH 14 Ogos - Penyelesaian masalah dan aduan rakyat menjadi antara ukuran utama prestasi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PERZIM SASAR 4,000 PENGUNJUNG SERBU ENAM MUZIUM 31 OGOS INI
AYER KEROH 14 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan lebih 4,000 pengunjung melawat muzium dan galeri di bawah seliaannya...


