
Nauraj cemerlang di Hungary
KUALA LUMPUR 7 Jun – Jaguh lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa muncul juara Grand Prix (GP) Hungary Siri Tatabanya berlangsung di Stadium Grosics Gyula semalam.
Nauraj, 29, menyempurnakan lompatan 2.27 meter (m) yang juga catatan terbaik beliau musim ini.
Atlet yang menjalani latihan di Leipzig, Jerman itu mengenepikan Vasilious Konstantinou dari Cyprus di tempat kedua dengan catatan 2.23m diikuti Sylwester Bednarek dari Poland di tempat ketiga dengan 2.20m.
Nauraj adalah pemegang rekod kebangsaan acara lompat tinggi dengan 2.30m yang dilakukannya pada Terbuka Singapura 2017.
Pada Januari lalu, Nauraj memperbaharui rekod kebangsaan miliknya di Kejohanan Trek dan Padang Dalam Dewan Vienna 2021 di Austria dengan lompatan 2.20m, mengatasi rekod sebelumnya 2.19m dilakukannya pada 2019.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: BN-PN MAHU MEMBINA MASA DEPAN MELAKA, MEMAKMURKAN NEGARA
AYER KEROH 6 November - Sebanyak 113 inisiatif merangkumi enam teras utama ditawarkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN)...
PRN MELAKA: RAKYAT NILAI JANJI, BUKAN SEKADAR TAWARAN MEMIKAT TELINGA – AB RAUF
AYER KEROH 6 November - Rakyat Melaka perlu menilai setiap tawaran manifesto berdasarkan keupayaannya menyelesaikan masalah, mewujudkan peluang dan memberikan...
PRN MELAKA: MANIFESTO BN-PN PASTIKAN ‘NO ONE IS LEFT BEHIND’
AYER KEROH 6 November - Prinsip 'No One Is Left Behind' atau tiada sesiapa yang tercicir menjadi antara asas utama...
PRN MELAKA: KEBAJIKAN RAKYAT SEPANJANG HAYAT JADI KEUTAMAAN BN-PN
AYER KEROH 6 November - Kebajikan rakyat daripada peringkat kelahiran hingga ke penghujung usia menjadi antara keutamaan manifesto Barisan Nasional...
PRN MELAKA: BN-PN TAWAR PENTADBIRAN LEBIH DEKAT DENGAN RAKYAT
AYER KEROH 6 November - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) akan diteruskan di kesemua 28 kawasan Dewan Undangan Negeri...
PRN MELAKA: BN-PN TAWAR LATIHAN AI, IOT DAN GERAN USAHAWAN MUDA
AYER KEROH 6 November - Anak muda Melaka bakal mendapat akses lebih luas kepada kemahiran teknologi masa depan menerusi tawaran...
