
Sistem Statistik Negara teguh diperlukan bagi pembangunan cekap, berkesan
PUTRAJAYA, 7 Julai – Pelaburan strategik oleh pihak berkepentingan diperlukan bagi pembinaan prasarana dan pembangunan kapasiti Sistem Statistik Negara untuk memastikan penyaluran sumber negara bagi perancangan dan pembangunan dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata persekitaran dunia yang kian mencabar dengan daya saing negara semakin bergantung kepada penguasaan data dan maklumat untuk membuat keputusan yang tepat, telah menuntut agar Sistem Statistik Negara yang teguh perlu dilaksanakan
“Justeru, selaras dengan agenda kesejahteraan dan kelestarian negara, saya ingin memohon agar semua rakyat Malaysia memberikan kerjasama dalam menjayakan Banci 2020,” katanya pada majlis pelancaran Hari Banci Penduduk dan Perumahan 2020 di sini hari ini.- BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA REKOD 30,000 BEG DARAH SETAHUN
AYER KEROH 28 Julai - Sebanyak 29,000 hingga 30,000 beg darah berjaya dikumpulkan di Negeri Melaka setiap tahun, sekali gus...
BEKALAN AIR TKPM MENGGONG DIJANGKA PULIH HUJUNG TAHUN INI
PAYA RUMPUT 28 Julai - Masalah kekurangan bekalan air yang menjejaskan tanaman di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Menggong, Alor...
MELAKA NEGERI PERTAMA LAKSANA INISIATIF TIANG FIBER GUNA SAMA
TABOH NANING 28 Julai - Melaka menjadi negeri pertama melaksanakan inisiatif Tiang Fiber Guna Sama yang membolehkan pelbagai penyedia perkhidmatan...
‘JIWA BESAR TOK RAUF BUAT KAMI RASA TIDAK TERSISIH’
PAYA RUMPUT 28 Julai - Kehadiran kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri ke Kampung Bukit Datuk B atau lebih dikenali sebagai Kampung...
MANGSA BANJIR BERSYUKUR KERAJAAN NEGERI PRIHATIN
PAYA RUMPUT 28 Julai - Bantuan tunai disalurkan Kerajaan Negeri kepada mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput...
TANGIS SYUKUR NEK RAMLAH TERIMA RUMAH BAHARU RM70,000
PAYA RUMPUT 28 Julai - Tangisan syukur Ramlah Sulaiman, 68 memecah keheningan di Kampung Bukit Datuk B, di sini, tatkala...
