Pertahankan warisan Melaka untuk tatapan generasi muda

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat
SULAIMAN menasihatkan rakyat Melaka agar menjaga nilai warisan yang dimiliki negeri ini untuk tatapan generasi muda.

AYER KEROH 7 Julai – Rakyat Melaka seharusnya berbangga dengan keistimewaan bumi Hang Tuah ini yang dianugerahkan dengan kekayaan warisan
hingga menjulang Melaka sebagai antara destinasi pelancongan tersohor dunia.

Bagaimanapun jelas Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali, warisan yang menjadi mercu keagungan Melaka itu harus dipelihara agar ia terus menjadi tatapan generasi muda.

“Kita patut berbangga dan harus mempertahankan ‘Warisan Sepanjang Zaman’ dimiliki Negeri Melaka berupa bangunan bersejarah, kota, tugu, makam dan banyak lagi tinggalan sejarah berusia ratusan tahun ini kekal terpelihara untuk tatapan generasi hari ini serta pada masa depan.

“Sesuai dengan status Melaka sebagai negeri pelancongan yang menggamit dunia, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kedatangan seluruh rakyat Malaysia supaya melancong ke pelbagai destinasi pelancongan menarik di seluruh daerah di Negeri Melaka.

“Melaka juga kini dah ada slogan baharu ‘Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia,” katanya.

Sulaiman berkata demikian menerusi kiriman Facebooknya hari ini, bersempena Hari Ulang Tahun Ke-12 Pengisytiharan Melaka Bandaraya Warisan Dunia (UNESCO) 2020.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Hasim Hasan yang mewakili pengurusan tertinggi kerajaan negeri serta warga kerja pentadbiran Melaka turut berharap negeri ini akan terus gah di persada dunia.

Melaka menerima pengiktirafan UNESCO pada 2008, iaitu semasa pemerintahan Ketua Menteri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam (kini Yang di-Pertua Melaka).

Sementara itu, 12 tahun lalu, George Town, Penang turut menerima pengiktirafan Bandar Warisan Dunia oleh UNESCO pada tarikh yang sama.

Views:

4652
Kongsi :
Previous post Sistem Statistik Negara teguh diperlukan bagi pembangunan cekap, berkesan
Next post Banci asas penting kepada perancangan pembangunan negara – PM
Ubah saiz-+=