
Eksekutif pasar raya direman bantu siasatan kes rasuah syarikat pembersihan
SHAH ALAM 22 Jun – Seorang eksekutif wanita sebuah pasar raya terkemuka direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes permintaan dan penerimaan rasuah daripada dua syarikat pembersihan berjumlah hampir RM40,000.
Perintah reman hingga 28 Jun itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar A. Karthiyayini di Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sumber SPRM memberitahu suspek wanita berumur 43 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira 3.30 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan.
Suspek didakwa meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan daripada kedua-dua syarikat pembersihan sebagai balasan memastikan syarikat berkenaan mendapat kontrak pembersihan di beberapa bangunan pasar raya tersebut yang terletak di beberapa kawasan sekitar Melaka, Johor dan Selangor sejak 2018 hingga tahun ini.
Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WARGA EMAS TERLANTAR TERHARU DISANTUNI MAIM
AYER MOLEK 14 Mei - Kehidupan seorang warga emas yang terlantar akibat angin ahmar menjadi antara lembaran kisah yang membuktikan...
BANTUAN PERSEKOLAHAN NYALAKAN SEMANGAT 241 ANAK ORANG ASLI JASIN
ASAHAN 14 Mei - Seramai 241 murid dan pelajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli daerah Jasin menerima bantuan persekolahan sumbangan...
PENGANGGUR MAUT, RAKAN CEDERA DISERANG KETIKA JUAL BELI PERISA ‘VAPE’
JASIN 14 Mei - Seorang penganggur maut manakala rakannya cedera selepas dipercayai diserang menggunakan senjata akibat perselisihan faham dalam kejadian...
‘RIDE’ PALING BERGAYA DI MENARA TAMING SARI, AHAD INI
BANDA HILIR 14 Mei - Menara Taming Sari bakal mencuri tumpuan ramai pada 17 Mei ini apabila bakal menjadi lokasi...
‘KAMI MAHU BERUBAH, ENGGAN HIDUP TERASING’
MACHAP JAYA 13 Mei - Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli (KOA) Machap Jaya tidak mahu terus dilihat terasing,...
50 PROGRAM WARNAI WRUR KOTA LAKSAMANA
BANDARAYA MELAKA 14 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana tampil dengan pendekatan...
