
PKPD: Beberapa laluan utama di Nilai ditutup
SEREMBAN 10 Jun (Bernama) – Beberapa laluan utama di Nilai yang bersempadan dengan daerah Jelebu, Port Dickson serta Kajang, Selangor ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Seremban bermula semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai terdiri daripada empat mukim iaitu Labu, Lenggeng, Pantai dan Setul.
“Polis bersama Jawatankuasa Bencana Daerah Seremban bersetuju menutup beberapa laluan utama dengan melakukan sekatan jalan raya (SJR) di sempadan daerah dan negeri serta mempertingkatkan Operasi Patuh (Op Patuh) di kawasan PKPD,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Fazley berkata pelaksanaan PKPD bertujuan mengawal pergerakan penduduk di semua mukim terlibat serta mengekang penularan COVID-19.
PKPD di seluruh Seremban bermula semalam hingga 22 Julai.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘SAYA MAHU PRN MELAKA DIURUS SECARA PROFESIONAL DAN SELAMAT’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Atas dasar menghormati prinsip demokrasi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu Pilihan...
MAIM PERKENAL TAKWIM HIJRAH DIGITAL
AYER KEROH 30 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan Takwim Hijrah dalam versi digital bagi memudahkan orang ramai...
TOK RAUF BELANJA SATU TAN DURIAN UNTUK ORANG ALOR GAJAH
ASAHAN 30 Jun - Kira-kira satu tan durian habis diagihkan kepada penduduk di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di...
‘KENDURIAN’ MELAKA TAWAR BUFET BLACK THORN, MUSANG KING HANYA RM25
ASAHAN 30 Jun - Rakyat Melaka berpeluang menikmati bufet durian premium dari jenis Musang King dan Block Thorn pada harga...
MEDIPULIH RANCANG BUKA EMPAT CAWANGAN BAHARU, PERLUAS AKSES PENJAGAAN KESIHATAN
TELOK MAS 30 Jun - MediPulih Melaka merancang untuk membuka sehingga empat lagi cawangan baharu di negeri ini dalam usaha...
URUSAN DENGAN KERAJAAN JADI LEBIH MUDAH MENERUSI HARI ADUAN RAKYAT
SERKAM 30 Jun - Hari Aduan Rakyat bukan sekadar medium untuk menyuarakan isu setempat, sebaliknya turut dimanfaatkan oleh orang ramai...

