
COVID-19: Pasar raya di Ayer Keroh ditutup tujuh hari
AYER KEROH 10 Julai – Sebuah pasar raya di sini diarah tutup sementara selama tujuh hari bermula hari ini selepas seorang jurujual luar yang bertugas di premis itu disahkan positif COVID-19 baru-baru ini.
Perkara itu disahkan kakitangan pasar raya berkenaan selepas dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).
Ia susulan tular notis penutupan sementara premis berkenaan selama tujuh hari sehingga 17 Julai ini yang dikeluarkan petugas Kementerian Kesihatan (KKM).
“Kami mendapat arahan penutupan selepas jurujual wanita berkenaan yang bukan kakitangan pasar raya ini disahkan positif ketika bertugas di sini 10 hari lalu.
“Penutupan itu perlu bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman di premis,” katanya enggan mengulas lanjut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RM150,000 LAMBANG KASIH SAYANG TOK RAUF UNTUK ORANG PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 27 Julai - Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM150,000 menerusi Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bagi melaksanakan pelbagai...
MELAKA DIGITALKAN 11,524 PLOT KUBUR
PAYA RUMPUT 27 Julai - Melaka terus mengorak langkah dalam agenda pendigitalan apabila inisiatif Kubur Digital yang diperkenalkan buat kali...
TOK RAUF UMUM RM500,000 BINA JALAN BAHARU ‘KAMPUNG KEMBOJA’
PAYA RUMPUT 27 Julai - Penduduk Kampung Bukit Datuk B atau lebih dikenali sebagai Kampung Kemboja bakal menikmati jalan baharu...
BISTARI SANTUNI, SUNTIK SEMANGAT BUAT PESAKIT DI HOSPITAL MELAKA
PENGKALAN BATU 27 Julai - Program Ziarah Prihatin Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI) Negeri Melaka bukan...
‘TIADA BANTUAN TERLALU KECIL, TIADA MASALAH RAKYAT DIANGGAP REMEH’
PAYA RUMPUT 27 Julai - Kerajaan Negeri tidak pernah menganggap sebarang bantuan kepada rakyat sebagai terlalu kecil atau isu yang...
SIRI JELAJAH BAWA KETUA MENTERI MASUK KE DALAM KEHIDUPAN RAKYAT
PAYA RUMPUT 27 Julai - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat menjadi pendekatan istimewa Kerajaan Negeri untuk membawa Ketua Menteri...
