
JKDM sita 10.9 juta batang rokok putih babitkan cukai RM7.3 juta
SHAH ALAM 12 Julai- Sebanyak 10.9 juta batang rokok putih berjaya disita Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit III (LTA Kuala Lumpur), ketika cuba diseludup masuk ke Malaysia di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang dekat sini.
Dalam kenyataan hari ini, Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Datuk Zazuli Johan berkata, jumlah sitaan itu pada 16 Jun itu dianggarkan bernilai RM1.09 juta yang melibatkan cukai sebanyak RM7.30 juta.
“Hasil siasatan mendapati, kesemua rokok yang disita adalah diimport dari luar negara tanpa Permit Import sah, dan tanpa membayar cukai dan duti ke atasnya,” katanya.
Beliau berkata, modus operandi kes itu ialah membuat pengikraran tidak benar terhadap pengimportan rokok dengan mengikrar dagangan sebagai ‘general cargoes’ di dalam Daftar Masuk, bertujuan untuk mengelakkan daripada Permit Import semasa pengimportan, dan bagi mengelakkan dikenakan duti cukai yang tinggi.
“Perbuatan mengimport rokok tanpa Permit Import merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 dan Peraturan 30(1) Peraturan-Peraturan Zon Bebas (Pindaan) 2019,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
FESTIVAL SUNGAI MELAKA LABUH TIRAI PENUH KESYUKURAN, 425 BERSELAWAT ATAS BOT
BANDARAYA MELAKA 18 September - Seramai 425 peserta menyusuri Sungai Melaka menaiki 20 bot Melaka River Cruise sambil mengalunkan selawat...
WRUR TANJUNG BIDARA: MPAG KOMITED PASTIKAN PESISIR PANTAI BERSIH, TERJAGA
TANJUNG BIDARA 18 September - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memastikan kawasan persisiran Pantai Tanjung Bidara di sini berada...
ILMU PARAKOM JADI ‘BEKAL’ BANTU MANGSA LANGGAR LEMBU
TANJUNG BIDARA 18 September - Belum sempat 'sejuk' ilmu dipelajari ketika menghadiri kursus Paramedik Komuniti (PARAKOM), seorang sukarelawan berpeluang mengaplikasikan...
ANAK MELAKA PERLU REBUT PELUANG BIASISWA PETRONAS
TANJUNG BIDARA 18 September - Anak Melaka perlu merebut peluang pendidikan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) termasuk...
BERPIDATO BENTUK JATI DIRI, BINA KARAKTER ANAK MELAKA
AYER KEROH 18 September - Penganjuran Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri...
PADANG KEMUNTING IKON PELANCONGAN PENYU TERCANTIK NEGARA
TANJUNG BIDARA 17 September - Pantai Padang Kemunting berpotensi diangkat sebagai ikon pelancongan penyu tercantik di negara ini, sekali gus...

