
Tiada kaitan iklan permohonan rumah mampu milik dan bantuan SPP- KPKT
PUTRAJAYA 12 Julai – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini menafikan, membuat tawaran iklan Permohonan Terbuka Rumah Mampu Milik Serendah RM30,000 Skim Myhome & Mydeposit 2021 dan Bantuan RM60,000 Bina Rumah Atas Tanah Sendiri, di bawah Skim Pinjaman Perumahan (SPP).
KPKT membuat penjelasan itu dalam kenyataan hari ini, susulan terdapat aduan dan pertanyaan orang ramai berhubung iklan palsu yang tular baru-baru ini.
KPKT berkata hanya permohonan bagi Program Perumahan Rakyat (PPR), Perumahan Penjawat Awam, Perumahan PR1MA dan Syarikat Perumahan Negara Berhad sahaja dibuka oleh KPKT.
Susulan kekeliruan orang ramai mengenai harga tawaran bagi Program PPR Dimiliki, KPKT menjelaskan bahawa harga jualan setiap unit yang ditetapkan adalah RM35,000 di Semenanjung, manakala RM42,000 di Sabah dan Sarawak.
Maklumat tepat mengenai program serta skim terkini yang ditawarkan KPKT boleh didapati di laman sesawang rasmi kementerian https://www.kpkt.gov.my, laman sesawang Jabatan Perumahan Negara https://ehome, kpkt.gov.my dan https://teduh.kpkt.gov.my.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BN MELAKA SEDIA HADAPI 1,001 KEMUNGKINAN DI 28 DUN
AYER KEROH 1 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka bersedia menghadapi ‘1,001 kemungkinan’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal...
TOK RAUF BERKHIDMAT SEPENUH HATI: PIMPIN MELAKA, JAGA TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 30 September - Menjadi seorang Ketua Menteri dan pada masa sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara...
LEBIH 31,000 RAKYAT MELAKA TERIMA MANFAAT MESRA KEBAJIKAN
AYER KEROH 30 September – Kerajaan Negeri terus memperkukuh agenda kebajikan rakyat menerusi gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) menerusi inisiatif...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN TAWAR PENGURANGKAN KOMPAUN, ELAK RAKYAT TERBEBAN TUNGGAKAN
AYER KEROH 30 September - Kebajikan rakyat terus diberikan perhatian menerusi gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan merangkumi usaha...
ZIARAH KASIH ‘AH SEM’ BAWA KECERIAAN
MACHAP JAYA 30 September - Pagi yang kebiasaannya agak suram buat A.R Kanasamy, 71, bertukar ceria apabila dia menerima kunjungan...
PENGALAMAN MELAKA URUS TAPAK WARISAN JADI RUJUKAN
BANDA HILIR 30 September - Pengalaman Melaka mengekalkan pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO menjadi rujukan Yayasan Johor Corporation (Yayasan...

