JIM cekup 9,241 pendatang tanpa izin sejak awal tahun ini

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

KUALA LUMPUR 12 Julai – Sejumlah 9,241 pendatang tanpa izin ditahan manakala 13,127 orang lagi diusir dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen (JIM) di seluruh negara sejak awal tahun ini hingga 8 Julai.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, sejumlah 2,011 operasi diadakan dalam tempoh itu dengan 53,195 individu diperiksa.

“Seramai 99 majikan turut ditahan dalam tempoh itu manakala mereka yang diusir terdiri daripada 10,418 lelaki; 2,276 wanita; 289 kanak-kanak lelaki dan 144 kanak-kanak perempuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud. Foto Facebook JIM

Beliau berkata berdasarkan statistik jabatan, mereka yang dihantar pulang ke negara asal menerusi program rekalibrasi dalam tempoh 21 Dis hingga 8 Julai lepas pula, berjumlah 80,865 orang.

Dalam pada itu Khairul Dzaimee berkata, 63 pekerja asing terdiri daripada 35 Myanmar dan masing-masing 14 rakyat Indonesia dan Bangladesh dalam serbuan Op Patuh, di sebuah penempatan pekerja asing kawasan projek binaan di Yarra Park, Sungai Petani, Kedah awal hari ini.

“Kesemua mereka yang ditahan dalam operasi yang berakhir pada 2.20 pagi itu didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c) akta sama,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

570
Kongsi :
Previous post Suri rumah rugi RM7,000, barang kemas dicuri
Next post Tiada kaitan iklan permohonan rumah mampu milik dan bantuan SPP- KPKT
Ubah saiz-+=