
Menteri Kabinet kekal sokongan penuh kepada Muhyiddin sebagai PM
KUALA LUMPUR 14 Julai – Seluruh Ahli Jemaah Menteri sebulat suara kekal memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Ahli-ahli Jemaah Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kabinet hari ini.

“Ahli-ahli Jemaah Menteri juga ingin memaklumkan bahawa setiap keputusan kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira pandangan semua pihak.
“Keutamaan kerajaan pada ketika ini adalah untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara serta membawa negara keluar daripada pandemik COVID-19,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TENDER JEJANTAS TUN TEJA TELUS, IKUT PROSEDUR PEROLEHAN – MBMB
AYER KEROH 1 Oktober - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menafikan wujud sebarang unsur penyelewengan atau ketidaktelusan dalam proses pemilihan...
‘MEMANG MATA TAK NAMPAK, TAPI SAYA CAM ITU SUARA AH SEM’
MACHAP JAYA 1 Oktober - Gaya pertuturan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya Datuk Ngwe Hee Sem masih...
‘KALAU JEMPUT DIA TAK NAK, TAK APA..KALAU DIA DATANG, KITA BERUNDING’
AYER KEROH 1 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka menghormati pendirian mana-mana parti termasuk Pakatan Harapan (PH) berhubung kerjasama politik...
PRN MELAKA: RUNDINGAN RAKAN STRATEGIK BN DITUNDA
AYER KEROH 1 Oktober - Rundingan Barisan Nasional (BN) Melaka dengan parti yang berpotensi menjadi rakan strategik bagi menghadapi Pilihan...
BN MELAKA SEDIA HADAPI 1,001 KEMUNGKINAN DI 28 DUN
AYER KEROH 1 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka bersedia menghadapi ‘1,001 kemungkinan’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal...
TOK RAUF BERKHIDMAT SEPENUH HATI: PIMPIN MELAKA, JAGA TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 30 September - Menjadi seorang Ketua Menteri dan pada masa sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara...

