
Semaian ‘in house’ jimatkan perbelanjaan MBMB
AYER KEROH 14 Julai – Proses penyemaian secara ‘in-house’ mampu menjimatkan kos perbelanjaan tahunan sehingga RM250,000 setahun.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu berkata, setakat ini MBMB mempunyai tapak semaian sendiri seluar 14 ekar.
“Setiap bulan Jabatan Landskap MBMB melalui Unit Semaian Pokok Annual akan menyemai 4,000 hingga 6,000 unit beg poli pokok annual di tapak semaian MBMB.
“Kerja-kerja semaian melibatkan proses campuran tanah, mengisi tanah dalam beg poli, menyemai benih dan aktiviti percambahan tunas,” katanya.
Ujarnya, pelaksanaan program itu bagi menjadikan Bandaraya Melaka sebagai ‘Bandar dalam Taman’.
“Dalam tempoh seminggu pokok yang disemai bersedia untuk ditanam atau digunakan.
“Penamanan pokok hiasan pasu dan annual bagi program peringkat negeri, MBMB serta boleh disewakan kepada agensi yang memohon bagi penganjuran majlis,” katanya lagi.
Views:
Related

Berita Lain
MAIM NAFI PREMIS PANEL NAIKKAN HARGA BARANG BANTUAN
AYER KEROH 2 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menafikan dakwaan premis panelnya mengenakan harga jualan tinggi kepada penerima...
RESTORAN ARAB ‘KANTOI’ SOROK 230KG MINYAK MASAK SUBSIDI DALAM TIMBUNAN SAMPAH
PENGKALAN BATU 2 Oktober - Taktik sebuah restoran makanan Arab menyembunyikan kira-kira 230 kilogram minyak masak bersubsidi di sebalik timbunan...
JEMAAH LEBIH SELESA TUNAI IBADAH, TERIMA KASIH TOK RAUF
TANJUNG BIDARA 2 Oktober - Selepas hampir setahun ditutup akibat masalah kebocoran serius, Masjid Al-Jawahir, Pengkalan Balak, kini kembali dibuka...
MBMB SEIMBANG TANGANI ISU RAKYAT, CERIAKAN KAWASAN PENTADBIRAN
AYER KEROH 2 Oktober - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek kebersihan dan keceriaan bandar,...
MAIM TAMPIL BANTU PESAKIT SINDROM STEVENS-JOHNSON
KOTA LAKSAMANA 2 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tampil membantu seorang pesakit sindrom Stevens-Johnson, Hamdan Hashim, 39, memerlukan...
TOK RAUF TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID PENGKALAN BALAK YANG BERWAJAH BAHARU
TANJUNG BIDARA 2 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Jawahir, Pengkalan...

