
674 kes positif, 17 kematian direkodkan di Melaka
AYER KEROH 27 Julai – Melaka mencatatkan 17 kematian baharu jangkitan COVID-19 hari ini, menjadikan kumulatif kes meningkat kepada 345 setakat ini.
Menurut Jabatan Kesihatan Negeri kes kematian itu melibatkan mangsa berumur dalam lingkungan 34 sehingga 81 tahun.
“Kematian membabitkan 10 lelaki dan tujuh wanita di ketiga-tiga daerah di negeri ini.
“Punca jangkitan daripada kontak kerja, sporadik, kontak keluarga, kontak sosial serta hasil saringan di tempat kerja.
“Mangsa pernah mengalami gejala seperti demam, batuk, sakit dada, selesema, hilang deria bau, muntah, cirit-birit, lemah badan, kurang selera makan, sesak nafas serta pening,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Bagi perincian kes, sebanyak 674 kes positif baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 29,141 kes.
“Sebanyak 640 adalah kes tempatan, empat kes import dan 30 kes banduan.
“Terdapat lima punca jangkitan utama kes hari ini yang mana 246 kes melibatkan kluster kilang diikuti 267 kes kontak rapat keluarga.
“Selain itu, 30 kes institusi penjara, 40 kes tempat kerja bukan kilang dan 77 kes saringan bergejala dalam kalangan orang ramai,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RM20 JUTA ATASI ‘SALIRAN BERMASALAH’ DI MELAKA
AYER LIMAU 18 Ogos - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM20 juta bagi kerja menaik taraf sistem saliran di Melaka, termasuk...
PHONM PENH CROWN JUARA KEJOHANAN PIALA TYT MELAKA
AYER KEROH 18 Ogos - Phnom Penh Crown FC (PPCFC) muncul juara Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament...
KOS RAWATAN TINGGI, MAIM RINGANKAN BEBAN PESAKIT KRONIK
AYER KEROH 18 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus membantu meringankan beban keluarga yang berdepan kos rawatan penyakit...
PERMATA TERSEMBUNYI KUALA LINGGI DIGILAP JADI PRODUK PELANCONGAN BAHARU
KUALA LINGGI 18 Ogos - Lebih banyak lokasi menarik sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi akan dibangunkan dan ditransformasikan...
TOK AJAK PUAS DAPAT BAWA ‘DUNIA’ KE MELAKA
TELOK MAS 17 Ogos - Kejayaan Melaka dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 disifatkan sebagai antara...
DUN KUALA LINGGI RAIKAN ATLET SUKAN MELAKA
KUA LINGGI 17 Ogos - Atlet dan pegawai pasukan mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi yang beraksi pada pentas...
